logo
logo

    Courses

    Institutions

Permohonan Pelajar Lepasan PT3 ke Maktab Tentera Diraja (MTD) Dibuka Mulai 10 Ogos 2017!

Afterschool

Afterschool

August 8, 2017





Ada yang berminat untuk menghantar anak anda ke Maktab Tentera Diraja (MTD) yang telah melahirkan ramai pelajar cemerlang, baik dari segi akademik, disiplin, kokurikulum, mahupun sukan?. Kami kongsikan sedikit mengenai MTD untuk makluman anda, MTD merupakan satu-satunya institusi pendidikan peringkat menengah yang bercorak ketenteraan di Malaysia selain sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan Malaysia.

 

15895990_1266006010153427_9195853129698749349_o-820x510

 

MTD adalah satu-satunya sekolah di Malaysia yang mempunyai gelaran 'Diraja' dengan setiap pelajar dikenali sebagai Putera manakala bekas pelajar pula dipanggil Old Putera atau OP. Pada tahun lepas, MTD mencatatkan permohonan kemasukan seramai lebih 5000 orang tetapi hanya 250 kekosongan sahaja ditawarkan.

 

15844579_1266006343486727_3901594198361765221_o-1024x678

 

Jika di MRSM, calon dikehendaki menduduki ujian bertulis sebagai saringan mankala SBP yang lain, hanya berdasarkan keputusan PT3 dan aktiviti kokurikulum. Di MTD selain akademik, calon turut diuji dengan ujian kecergasan asas iaitu larian 2.4 km, larian ulang alik, lompat jauh, mendagu dan bangkit tubi. Calon juga perlu melepasi syarat minimum 7A dalam PT3, lulus pemeriksaan perubatan, serta tidak rabun warna.

 
DSC_1183
 

Jika begitu susah untuk mendapat tempat di MTD, mengapa begitu ramai yang masih berminat untuk memasuki sekolah tersebut? Lebih-lebih lagi terdapat cerita kononnya pelajar MTD turut didera secara mental dan fizikal?. Secara umumnya, matlamat utama MTD adalah melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan melalui hidup yang berjadual, disiplin yang mantap serta penuh dengan budaya ketenteraan.

 

DSC_6436-1024x683

 

Tidak seperti SBP lain yang mungkin terlalu memberi fokus kepada pembelajaran akademik semata-mata, latihan asas ketenteraan serta aktiviti lasak di MTD mampu membentuk pelajar-pelajar menjadi individu yang kental, dengan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi, serta mentaliti tidak mudah mengalah.

 

DSCN8877-1024x768

 

Mereka juga diterapkan dengan nilai-nilai kerohanian demi pembentukan sahsiah yang baik. Pelajar-pelajar bukan Islam tidak dihalang untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Malah, mereka dihantar dengan trak tentera ke gereja dan kuil Buddha setiap hari Ahad.

 

DSCN9574-1024x768

 

Apa keistimewaan sebagai pelajar MTD?. Selain daripada penginapan percuma dan diberi makan sebanyak 6 kali sehari, pelajar akan diberikan segala jenis buku teks dan buku latihan, pakaian seragam dan keperluan asas harian, rawatan kesihatan serta waran perjalanan pergi dan balik kampung semuanya secara PERCUMA selain mendapat elaun bulanan sebanyak RM100. Perbelanjaan untuk segala aktiviti di MTD juga ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.

 

DSC_6861-1024x683

 

Tamat tingkatan 5 di MTD, pelajar berpeluang mengikuti  Program baharu yang dikenali sebagai International Baccalaureate yang diperkenalkan pada tahun 2015. Program IB ini adalah salah satu program persediaan pelajar cemerlang MTD sebelum dihantar melanjutkan pelajaran di luar negara. Selain itu, mereka juga turut diberi keutamaan melanjutkan pelajaran di Universiti Awam dalam negara iaitu Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) selepas tamat tingkatan lima.

 

20024042_1466210956799597_7329504153315885514_o-820x510

 

Kepada ibu bapa yang berminat menghantar anak anda ke MTD, berikut adalah syarat kelayakan yang wajib dipatuhi :

 

Kelayakan umum 

 
  • Terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 tahun 2017
  • Berumur tidak melebih 16 tahun pada 1 Januari 2018
  • Warganegara Malaysia tanpa mengira kaum
  • Lelaki sahaja
  • Tinggi minimum 152 cm
  • Berat minimum 40.5
  • Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27
  • Ukuran dada 74 cm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • Penglihatan - baik dan tidak rabun warna (Jika berkaca mata tidak melebihi 6/12)
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak
  DSC00221   Kelayakan Akademik untuk Menghadiri Temuduga Awal :  
  • Untuk melayakkan pelajar menghadiri ujian pemilihan & temuduga awal, pelajar perlu mendapat sekurang-kurang 5A. Keputusan permohonan & panggilan untuk ujian pemilihan & temuduga awal akan diumumkan seminggu (7 hari) selepas tarikh tutup permohonan.
  • Jika berjaya dalam saringan ujian & temuduga awal ini, pelajar DIKIRA BERJAYA dalam permohonan sekiranya memperolehi keputusan minimum 7A dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan PT3 yang sebenar dan lulus dalam ujian kepimpinan & temuduga akhir oleh Panel MTD.
 

Untuk pautan permohonan, klik disini untuk terus ke laman rasmi permohonan ke MTD. Permohonan online belum lagi dibuka. Pihak MTD akan membuka sistem permohonan mulai 10 Ogos 2017 nanti. Semoga berjaya!.

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background