logo
logo

    Courses

    Institutions

Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Morocco sesi 2018/2019 Dibuka Sekarang

Afterschool

Afterschool

June 28, 2018





Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian islam ke Morocco bagi sesi 2018/2019 perlu membuat permohonan secara atas talian. Paling menarik, kerajaan Morocco menawarkan 30 tempat dengan biasiswa pengajian kepada calon-calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengikuti mana-mana kursus universiti di Morocco bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda/Degre, Ijazah Sarjana/Master dan Ijazah Doktor Falsafah/PhD.

 

 

Untuk semak syarat kelayakan dan sebagainya, sila klik pada pautan berikut : INFO KEMASUKAN & SYARAT KELAYAKAN. Bagi anda yang berminat melanjutkan pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda (Degree), permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://www.dohe.mohe.gov.my/timurtengah. Manakala bagi permohonan bagi Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) boleh dibuat dengan memuat turun borang di pautan berikut Borang Permohonan Morocco 2018. Permohonan yang lewat tidak akan dilayan.

 

 

Tarikh tutup permohonan dan penghantaran dokumen sokongan adalah pada 13 Julai 2018 (Jumaat) sebelum atau pada 5.00 petang di alamat berikut: Bahagian Education Malaysia Jabatan Pendidikan TinggiKaunter 5, Aras G, Menara 2Jalan P5/6 Presint 562200 Putrajaya

 

 

Bagi calon-calon yang layak dan berada di luar negara (timur tengah), borang permohonan dan dokumen sokongan boleh dihantar di alamat berikut: Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK), No.26 Sabel el Khazindar Abbasiah, Kaherah Arab Republic of Egypt, EGYPT No. Tel : 00 202-24873858. Email : admin@emeggypt.net 

 

Sebagai peringatan, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (KPM PT) tidak mendaftar atau melantik mana-mana agen bagi urusan permohonan dan penempatan pelajar ke Morocco. Sehubungan itu, pelajar dinasihati supaya tidak memohon melalui agen. Penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Morocco adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar dan ibu bapa sendiri. 

 

 

KPM PT hanya bertanggungjawab dalam urusan penghantaran dokumen dan tidak mempunyai kuasa dalam menentukan pemilihan calon-calon yang berjaya. Kerajaan Morocco mempunyai kuasa penuh dalam menentukan keputusan bagi calon-calon yang berjaya dan keputusan tersebut adalah muktamad. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) di talian 03-8870 6226/6627.

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background