Permohonan Melanjutkan Pengajian dalam Program Latihan Separa Perubatan Kerajaan Secara Percuma selain Dijamin Pekerjaan!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 09, 2017, 11:18 am

Ramai mengimpikan untuk melanjutkan pengajian secara percuma bukan?. Alangkah bahagianya jika yuran pengajian, duit poket sepanjang pengajian, penginapan semuanya "dipayung". Ditambah pula, tamat sahaja belajar terus ditawarkan pekerjaan, hutang pun zero, gaji pun boleh tahan lumayan. Ohoii siapa yang tak nak. Alahai bertuahnya badan.

  pembantu perubatan  

Persoalannya, ada ke insitusi yang menawarkan pengajian percuma berserta pakej lengkap pekerjaan selepas tamat belajar ini?. Tentu sekali ada iaitu pengajian latihan separa perubatan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Malaysia.

  latihan separa perubatan  

Oleh itu, dengan sukacitanya kami kongsikan kepada anda latihan separa perubatan yang boleh dipohon selepas sahaja tamat SPM berserta syarat kelayakan dan cara untuk memohon.

 

SYARAT UMUM PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

 

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  latihan separa perubatan 4  

  • Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :
    • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan.
    • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
    • Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
    • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

 

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan

 

  • Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

 

  • Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah selama satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

 

  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

 

  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

  latihan separa perubatan 1  

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

 

Rujuk senarai di bawah dan klik pada pautan tersebut untuk melihat syarat kelayakan khas program, tempoh latihan, biasiswa sara hidup bulanan dan tempat latihan mengikut kategori latihan separa perubatan.

 

  latihan separa perubatan 2  

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

 

Selain latihan separa perubatan bertaraf diploma, SPA turut menawarkan 3 program latihan perubatan  bertaraf sijil iaitu :

 

  latihan separa perubatan 3  

Oleh itu, bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan, bolehlah membuat permohonan di laman rasmi permohonan SPA iaitu SPA8i. Klik di sini untuk ke portal pendaftaran lengkapkan maklumat peribadi dan sebagainya, kemudian klik butang hantar. Tempoh sah permohonan adalah selama 1 tahun. Semoga berjaya!.

  INFO MENARIK YANG LAIN?   Universiti hebat dalam bidang kejuruteraan   Macam mana hendak jadi guru?   Sambung belajar di Rusia dalam bidang doktor perubatan   Panduan lengkap masuk IPT dan tip permohonan UPU   Tawaran biasiswa untuk pelajar asasi   Laluan selepas SPM untuk menjadi Peguam, Hakim, pendakwa raya atau jawatan berkaitan perundangan     biasiswa

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail