Permohonan Kemasukan UNITEN bagi Sesi September 2020 Kini Dibuka

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 19, 2020, 08:30 am

Berita baik kepada pelajar lepasan SPM dan STPM! Permohonan kemasukan ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi sesi September 2020 kini dibuka.

Permohonan untuk sesi September 2020 boleh dibuat secara atas talian melalui laman web Afterschool.my untuk mendapatkan surat tawaran.

Pendaftaran pula akan bermula daripada 24 Ogos 2020 (Isnin) hingga 26 Ogos 2020 (Rabu). Waktu operasi adalah dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Kelas bagi sesi ini akan bermula pada 7 September 2020. Sesiapa yang berminat mengambil kursus sarjana atau pasca siswazah memang wajib mengambil kesempatan ini untuk memohon!

Orientasi bagi sesi ini akan dijalankan secara atas talian pada 1-4 September 2020.

Bukan itu sahaja, UNITEN juga telah bekerjasama dengan Maxis untuk menawarkan pembiayaan kewangan kepada mahasiswa dan mahasiswi. Maxis Undergraduate Scholarship 2020 merupakan biasiswa bertujuan untuk membantu pelajar sarjana yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan perakaunan untuk mencapai potensi mereka:

  • Maxis Young Leaders Undergraduate Scholarship (Bidang Perniagaan & Perakaunan)
  • Maxis Tech Undergraduate 2020 Scholarship (Bidang Kejuruteraan, Perniagaan & Sains Komputer)
  • Maxis Women In Tech Undergraduate 2020 Scholarship (Mahasiswi)

Tunggu apa lagi? Jom belajar di UNITEN!

KLIK DISINI UNTUK MENDAFTAR!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail