Permohonan Kemasukan Pelajar ke UiTM bagi Pengajian Sarjana Muda/ Penerapan/ Profesional/ PLK, Kemasukan Mac 2018 Dibuka Bermula 12 Tengah Hari Ini!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 02, 2017, 09:59 am

Ramai yang tertunggu bilakah bermulanya permohonan pengambilan kedua ke UiTM untuk kemasukan bulan Mac 2018. Permohonan ini dibuka untuk anda yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda/penerapan/profesional/PLK. Permohonan dibuka hari ini dan akan ditutup pada 6 November 2017.

 

UITM

 

Panduan Sebelum Membuat Permohonan

 

  • Pastikan anda telah membeli No Slip BSN mengikut kategori permohonan
  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan
  • Kenalpasti Kategori Anda
  • Kategori
    • Sarjana Muda
    • Profesional
    • Penerapan
    • Setara Sepenuh Masa / Pengajian Luar Kampus

 Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih sama ada ditawarkan untuk lulusan anda atau sebaliknya

 

Semasa Mengisi Borang Permohonan

 

  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  • Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan
  • Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem

 

Selepas Membuat Permohonan

 

  • Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  • KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

 

74a2

 

PAUTAN PERMOHONAN

 

Untuk anda yang berminat untuk membuat permohonan, klik pada pautan dibawah mengikut program pengajian yang ingin dipohon :

 

 

Semoga berjaya kami ucapkan, rujuk juga pautan dibawah untuk permohonan di universiti yang lain.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail