Permohonan Kemasukan ke Universiti Malaya (UM) FEB 2018 Dibuka Sekarang!
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 01, 2017, 02:02 pm
Satu lagi universiti yang membuka permohonan adalah Universiti Malaya (UM). Mungkin anda sudah tidak sabar menunggu permohonan dibuka sebelum ini bukan?. Jadi tidak perlu risau, sila rujuk info sebelum, semasa dan selepas permohonan dengan teliti. Suka juga diingatkan UM tidak akan mempertimbangkan permohonan pemohon yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam lain. Jika IPTS boleh MEMOHON!.
Sebelum mengisi permohonan
- Pastikan anda telah membuat pendaftaran akaun baharu. Calon yang pernah mempunyai akaun boleh menggunakan akaun sedia ada.
- Pastikan anda membaca dengan teliti Manual Pengguna yang disediakan bagi membantu dalam pengisian maklumat permohonan
- Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Maklumat Permohonan
- Sila kenalpasti kategori permohonan anda (Contoh : Lepasan STPM, Lepasan Matrikulasi, Diploma.
- Calon lepasan STPM/Asasi/Matrikulasi bukan tahun semasa, A Level/IB/AUSMAT perlu memilih kategori Diploma/Setaraf)
Semasa melengkapkan permohonan
- Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam permohonan
- Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
- Pastikan anda menyemak dengan teliti butiran dan maklumat pada permohonan anda
- Kemaskini permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup permohonan selagi anda tidak menekan butang (Sah & Hantar)
- Sekiranya semua maklumat telah lengkap dan anda bersedia untuk mengesahkan permohonan. Sila tekan butang (Sah & Hantar)
- Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda mengesahkan permohonan iaitu selepas menekan butang (Sah & Hantar)
- Permohonan yang tidak (Sah & Hantar) tidak akan diproses kerana tidak lengkap
- Borang permohonan perlu dicetak sebagai bukti penerimaan permohonan oleh sistem
Selepas mengemukakan permohonan
- Pastikan anda membuat semakan semula borang permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan permohonan telah diterima
- Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti penerimaan
- Calon kategori DIPLOMA/SETARAF perlu mengemukakan borang permohonan beserta dokumen kepada Seksyen Kemasukan & Rekod, Bangunan Peperiksaan, Bahagian Akademik Univesiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur sebelum17 November 2017.
- Permohonan calon yang tidak mengemukakan dokumen di bawah akan dianggap sebagai tidak lengkap dan tidak akan diproses.
- Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Salinan borang permohonan kemasukan pelajar yang dicetak;
- Salinan kad pengenalan/MyKad calon;
- Salinan sijil STPM (jika berkaitan);
- Salinan sijil SPM;
- Salinan transkrip penuh akademik (Sem 1 hingga akhir);
- Salinan Diploma/Sijil A Level/IB/AUSMAT;
- Salinan Sijil MUET;
- Salinan surat pengesahan tamat pengajian:
- Salinan keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (jika ada); dan
- Salinan cetakan akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my/MQR/CAkreditasi.cfm) bagi program yang telah diikuti.
Semakan Senarai Kursus /Kelayakan Permohonan & Pautan Permohonan
Untuk anda yang memohon kami ingatkan tarikh tutup permohonan adalah pada 13 NOVEMBER JAM 5.00 PM. Jadi sekiranya berminat buat permohonan sekarang!. Semoga Berjaya!