Untuk mereka yang tidak mendapat tempat di IPTA/Matrik/STPM dan lain-lain kamu boleh membuat rayuan untuk kemasukan dalaman UiTM bermula 4 Julai hingga 8 Ogos bagi sesi November 2016.

Permohonan ini dibuka untuk semua program Diploma dan Asasi Undang-Undang kecuali kursus di bawah Fakulti Sains Kesihatan dan Farmasi. Nak tahu caranya? Ikut langkah-langkah berikut:
- Beli nombor PIN UiTM di BSN
- Layari laman web permohonan UiTM
- Lihat semua kursus yang ditawarkan di sini
- Jangan lupa semak syarat kelayakan dulu!
- Dapatkan berita terkini bahagian pengambilan UiTM di sini
- Buat ujian 'Selangkah ke UiTM' untuk semak kelayakan kamu
- Berdoa, berdoa dan berdoa lagi. Usaha selagi boleh tau :)
Adik-adik boleh juga tengok
laman sosial rasmi UiTM untuk tahu berita terkini tentang kemasukan dan maklumat berkaitan. Nak tanya macam-macam tapi tak tahu caranya? Tanya saja di
ask.fm/uitmsi dan
twitter.com/uitm_si
Selamat berjaya!