logo
logo

    Courses

    Institutions

Permohonan kemasukan ke program pra-universiti Sekolah Sukan Malaysia

Afterschool

Afterschool

March 30, 2016





Permohonan untuk kemasukan ke program pra-universiti Sekolah Sukan Malaysia untuk sesi 2016/2017 mula dibuka. sukan, Permohonan kemasukan ke program pra-universiti Sekolah Sukan Malaysia Syarat-syarat am
  • Mewakili negeri/negara.
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
  • Hendaklah mendapat perakuan dan diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara / Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  • Tawaran hanya sah sekiranya pelajar bersetuju menerima SSM yang ditawarkan.
Panduan pemohonan Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:
  • Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang Simpan.
  • Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruang berikut dengan lengkap.
  • Ruang E. Ulasan Jurulatih
  • Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
  • Ruang G. Perakuan
  • Ruang H. Pengesahan
  • Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada :

Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

Nota: Borang yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diproses.

Syarat-syarat khas

Aliran Sains

  • Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan lulus dua matapelajaran dari:
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Teknologi Maklumat
  • Perdagangan
  • Ekonomi Asas
  • Prinsip Akaun
  • Bahasa Inggeris
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Rekacipta
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Sains Sukan
Aliran Sastera Ikhtisas
  • Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan lulus dua matapelajaran dari:
  • Perdagangan
  • Ekonomi Asas
  • Prinsip Akaun
  • Bahasa Inggeris
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Rekacipta
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Sains Tambahan
  • Teknologi Maklumat
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Sains Sukan
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background