Afterschool
October 5, 2017
Anda merupakan lulusan SPM/ sijil politeknik/ sijil kolej komuniti/ Sijil Kemahiran Malaysia/ sijil institut kemahiran MARA/ Institut Kemahiran Tinggi Perda/ institut pertanian atau lain-lain lulusan yang berkaitan tetapi sedang bekerja dan pada masa yang sama ingin melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya?. Berita baik kerana, anda boleh memohon pengajian secara separa masa di POLITEKNIK ambilan DISEMBER 2017.
Program pengajian separa masa ini sebenarnya memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti kuliah di hujung mingga serta menambah pengetahuan dan kemahiran dan meningkatkan kelayakan tanpa meninggalkan pekerjaan mereka melalui konsep “Learn As You Earn”. Tamat pengajian diploma di politeknik, boleh mohon pengajian ke mana-mana UA/IPTS untuk pengajian ijazah sarjana muda (degree) dan seterusnya.
TEMPOH PENGAJIAN DAN WAKTU KULIAH
Kepada anda yang risau mengenai jadual waktu kuliah, pengajian ini akan berlangsung selama 8 hingga 10 semester dan kuliah dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad KECUALI pada minggu cuti semester dan cuti pelepasan am yang jatuh pada hari tersebut.
YURAN PENGAJIAN
Dari segi yuran pengajian untuk satu semester dianggarkan RM 1,000 ke RM 1,500 bergantung kepada program dan jumlah jam kredit. Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pengeluaran simpanan akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KURSUS PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Rujuk kursus yang ditawarkan dan syarat kelayakan dibawah kursus berkenaan. Jika memenuhi syarat kelayakan bolehlah memohon.
Senarai kursus
DA001 Diploma Kejuruteraan AwamDitawarkan di PUO, POLISAS, POLIMAS, PKS, PPD, PKK, PSA, PSMZA, PMM, PTSB
DA002 Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan BangunanDitawarkan di POLIMAS, PSA
DA004 Diploma Perancangan Bandar dan WilayahDitawarkan di POLIMAS
DA005 Diploma Seni BinaDitawarkan di PUO, PPD
DA010 Diploma GeomatikDitawarkan di PUO, PMM, PTSB
DE001 Diploma Kejuruteraan ElektrikDitawarkan di POLIMAS, PKB, PPD, PMM, PSAS, PTSB, PMJ
DE003 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)Ditawarkan di POLISAS, PKK, PSP, PSMZA, PSAS, PTSB
DE004 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)Ditawarkan di POLISAS, POLIMAS, PKS, PKK, PSA, PSMZA
DE007 Diploma Kejuruteraan Elektrik & ElektronikDitawarkan di PUO, POLIMAS, PSMZA
DM001 Diploma Kejuruteraan MekanikalDitawarkan di PUO, POLISAS, PKS, PPD, PKK, PSA, PSP, PSMZA, PMM, PTSB, PBS
DM002 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)Ditawarkan di PKS, PPD, PSMZA
DM003 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)Ditawarkan di POLIMAS
DM004 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)Ditawarkan di POLIMAS, PKS, PSMZA, PTSB, PBS
DM008 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)Ditawarkan di POLIMAS
DM011 Diploma Kejuruteraan MekatronikDitawarkan di PSMZA, PTSB
Syarat kelayakan kursus
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
ATAU
Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institus Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaandan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian
ATAU
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaandan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian
ATAU
Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan
Senarai kursus
DH002 Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal)Ditawarkan di PMKU
DH004 Diploma Pengurusan PelanconganDitawarkan di PMKU
DP004 Diploma PemasaranDitawarkan di POLIMAS, PTSB
DP005 Diploma Pengajian PerniagaanDitawarkan di PUO, PSA, PSP, PMM, PTSB
DP010 Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian BekalanDitawarkan di POLISAS, PMJB
DP011 Diploma Kewangan dan Perbankan IslamDitawarkan di PMJB
Syarat kelayakan kursus
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
ATAU
Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institus Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaandan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian
ATAU
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaandan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian
ATAU
Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan
Senarai kursus
DF007 Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)Ditawarkan di PUO
DP001 Diploma AkauntansiDitawarkan di PUO, POLISAS, POLIMAS, PPD, PKK, PSP, PSAS, PTSB
Syarat kelayakan kursus
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
ATAU
Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaandan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian dalam Matematik
ATAU
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaandan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian dalam Matematik
ATAU
Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan
CARA PERMOHONAN
Jika anda berminat untuk mengikut pengajian diploma separa masa ini, boleh KLIK DISINI dan buatlah permohonan. Semoga berjaya kami ucapkan!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.