Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 20, 2018, 09:44 am
Kami lihat ramai dalam kalangan anda merebut-rebut tempat untuk melanjutkan pengajian ke kursus pengajian arus perdana di universiti awam, matrikulasi dan sebagainya. Ramai yang tidak memikirkan peluang kerjaya sebaik sahaja tamat pengajian. Asalkan berjaya masuk ke universiti, tidak kira kursus apa sekalipun, itu sudah menjadi satu kebanggaan. Kebanggaan yang bersifat sementara itukah yang anda inginkan?.Lupakah anda tentang lambakan graduan universiti yang kini menganggur dan kenapa perkara itu berlaku?.
Majoriti graduan yang menganggur ini tidak memiliki kemahiran bernilai untuk menarik minat majikan. Maklumlah kursus yang diambil dahulu tidak memenuhi permintaan pasaran kerja. Kelayakan ijazah tetapi, bekerja dengan gaji tidak sampai pun RM1500.00 dan dalam bidang yang lain. Megah hanya pada sijil tetapi sijil yang ada tidak boleh pakai. Malangnya lagi terpaksa menanggung hutang pinjaman pendidikan yang bukan seribu dua tetapi berpuluh-puluh ribu. Jika ada dalam kalangan anda yang tidak memikirkan hala tuju masa depan sebaik sahaja tamat pengajian kelak, apa yang boleh kami katakan, anda tidak mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku sekarang. Itukah pengakhiran yang anda semua inginkan?.
Sebelum anda menyesal dengan keputusan yang dibuat, buatlah pertimbangan yang sebaiknya. Kami tidak katakan memohon ke universiti awam itu salah, tetapi biarlah kursus yang ditawarkan ada potensi pekerjaan kelak. Menerusi artikel ini, kami ingin kongsikan hebahan permohonan untuk kemasukan ke institut kemahiran berprestij tinggi di negara ini sekarang. Mungkin ramai yang terlepas pandang atau tidak tahu mengenai permohonan ini. Berikut adalah senarai institusi kemahiran yang sedang membuka permohonan dibawah UPUSKILLS.
POLITEKNIK KONVENSIONAL
(Permohonan ditutup)
Bil | Kod | Nama Program |
---|---|---|
1 | EHD04 | DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM |
2 | EHD05 | DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN |
3 | EHD06 | DIPLOMA TEKNOLOGI BERASASKAN KAYU |
4 | EHD07 | DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH |
5 | EHD08 | DIPLOMA SENI BINA |
6 | EHD09 | DIPLOMA UKUR BAHAN |
7 | EHD10 | DIPLOMA GEOMATIK |
8 | EHD11 | DIPLOMA KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR |
9 | EHD16 | DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK |
10 | EHD19 | DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KAWALAN) |
11 | EHD20 | DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER) |
12 | EHD21 | DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI) |
13 | EHD26 | DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK |
14 | EHD29 | DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (OPTOELEKTRONIK) |
15 | EHD30 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL |
16 | EHD31 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF) |
17 | EHD32 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LOJI) |
18 | EHD33 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN) |
19 | EHD34 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKBEKUAN) |
20 | EHD35 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PERTANIAN) |
21 | EHD38 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PLASTIK) |
22 | EHD39 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKSTIL) |
23 | EHD41 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK |
24 | EHD42 | DIPLOMA KEJURUTERAAN PROSES (PETROKIMIA) |
25 | EHD44 | DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL) |
26 | EHD46 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (REKABENTUK PEMBUATAN AUTOMOTIF) |
27 | EHD47 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (REKABENTUK PRODUK) |
28 | EHD48 | DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMASI) |
29 | EHD50 | DIPLOMA AKAUNTANSI |
30 | EHD52 | DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN |
31 | EHD53 | DIPLOMA PEMASARAN |
32 | EHD58 | DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN |
33 | EHD59 | DIPLOMA PENGURUSAN PERUNCITAN |
34 | EHD61 | DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN |
35 | EHD63 | DIPLOMA PENGURUSAN ACARA |
36 | EHD64 | DIPLOMA PERKHIDMATAN MAKANAN AMALAN HALAL |
37 | EHD66 | DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN |
38 | EHD72 | DIPLOMA SENI DIGITAL |
39 | EHD73 | DIPLOMA PENGAJIAN VIDEO DAN FILEM |
40 | EHD90 | DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN |
41 | EHD91 | DIPLOMA BIOTEKNOLOGI |
42 | EHD92 | DIPLOMA AGROTEKNOLOGI |
43 | EHD93 | DIPLOMA AKUAKULTUR |
44 | EHD94 | DIPLOMA HORTIKULTUR LANDSKAP |
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN)/ IKTBN
(Permohonan dibuka 25 Feb 2019 ~ 02 Apr 2019)
Bil | Kod | Nama Program |
---|---|---|
1 | AA004 | SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA - PW4) - TEMUDUGA |
2 | AA005 | DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1 - PENGALAMAN) - TEMUDUGA |
3 | AA090 | DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENYEJUKBEKUAN & PENYAMAN UDARA) - TEMUDUGA |
4 | AA091 | DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF - TEMUDUGA |
5 | AA095 | DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK (INDUSTRI) - TEMUDUGA |
6 | AA098 | DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (KIMPALAN) - TEMUDUGA |
7 | AA099 | DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PENYELENGGARAAN INDUSTRI) - TEMUDUGA |
8 | AA100 | DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PERKAKASAN)- TEMUDUGA |
9 | AA103 | DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEMBUATAN - CAD/CAM) - TEMUDUGA |
10 | AA105 | DIPLOMA TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYEDIAAN MAKANAN) - TEMUDUGA |
11 | AA110 | DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A4 - PENGALAMAN) - TEMUDUGA |
12 | AA111 | DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF - TEMUDUGA |
13 | AA123 | DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (PENYELENGGARAAN INDUSTRI) - TEMUDUGA |
14 | AA135 | DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYEDIAAN MAKANAN) - TEMUDUGA |
15 | AA148 | SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AWAM (PENYELIAAN AWAM & STRUKTUR) - TEMUDUGA |
16 | AA159 | DIPLOMA TEKNOLOGI AWAM (LUKISAN SENIBINA)- TEMUDUGA |
17 | AA173 | DIPLOMA TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENGURUSAN PASTRI DAN ROTI)- TEMUDUGA |
18 | AA176 | DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (REKABENTUK PRODUK INDUSTRI) - TEMUDUGA |
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC)
(Permohonan dibuka 25 Feb 2019 ~ 02 Apr 2019)
Bil | Kod | Nama Program |
---|---|---|
1 | BC002 | DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
2 | BC003 | DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK KUASA (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
3 | BC007 | DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
4 | BC008 | DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN) (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
5 | BC009 | DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM) (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
6 | BC010 | DIPLOMA TEKNOLOGI MEKATRONIK (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
7 | BC012 | DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN) (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
8 | BC013 | DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PERKAKASAN-MOULD) (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
9 | BC016 | DIPLOMA TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
10 | BC048 | DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
11 | BC051 | DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN (SIVIL & STRUKTUR)(DKM TAHAP 4 SHJ)# |
12 | BC057 | DIPLOMA TEKNOLOGI REKA BENTUK PRODUK INDUSTRI (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
13 | BC066 | DIPLOMA TEKNOLOGI POLIMER (DKM TAHAP 3 & 4)# |
14 | BC072 | DIPLOMA TEKNOLOGI PENYENGGARAAN MEKANIKAL (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN - MALAYSIA (JMTI)
(Permohonan dibuka 25 Feb 2019 ~ 02 Apr 2019)
Bil | Kod | Nama Program |
---|---|---|
1 | BD005 | DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (ELEKTRONIK INDUSTRI) (DLKM TAHAP 5)# |
2 | BD006 | DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER (SISTEM) (DLKM TAHAP 5)# |
3 | BD007 | DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKATRONIK (AUTOMASI & ROBOTIK) (DLKM TAHAP 5)# |
4 | BD008 | DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PEMESINAN) (DLKM TAHAP 5)# |
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)
(Permohonan dibuka 25 Feb 2019 ~ 02 Apr 2019)
Bil | Kod | Nama Program |
---|---|---|
1 | BE001 | SIJIL PENDAWAI ELEKTRIK 3-FASA # |
2 | BE003 | SIJIL PENJAGA JENTERA ELEKTRIK VOLTAN RENDAH (AO) 2T# |
3 | BE004 | SIJIL PENJAGA JENTERA ELEKTRIK VOLTAN RENDAH-(AO) 6B # |
4 | BE055 | DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
5 | BE058 | DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN) (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
6 | BE059 | DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER SISTEM (DKM TAHAP 4 SAHAJA)# |
7 | BE060 | DIPLOMA TEKNOLOGI PERISIAN (MULTIMEDIA INTERAKTIF) (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
8 | BE066 | DIPLOMA TEKNOLOGI FABRIKASI (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
9 | BE067 | DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
10 | BE068 | DIPLOMA TEKNOLOGI CADD SENIBINA (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
11 | BE071 | DIPLOMA TEKNOLOGI PERISIAN (PENGATURCARAAN)(DKM TAHAP 4 SHJ)# |
12 | BE073 | DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK KUASA (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
13 | BE084 | DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
14 | BE098 | DIPLOMA TEKNOLOGI PERCETAKAN (DKM TAHAP 4 SHJ)# |
15 | BE099 | SIJIL PENJAGA JENTERA ELEKTRIK VOLTAN RENDAH A4 # |
BAHAGIAN LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN
(Permohonan belum dibuka)
Bil | Kod | Nama Program |
---|---|---|
1 | FI006 | SIJIL JURUTEKNIK TANAMAN (TAHAP 2) |
2 | FI010 | SIJIL PEMBANTU LADANG RUMINAN (TAHAP 2) |
3 | FI014 | SIJIL PENYELIA TANAMAN (TAHAP 3) |
4 | FI016 | SIJIL PENYELIA LADANG RUMINAN (TAHAP 3) |
5 | FI019 | DIPLOMA PENOLONG PENGURUS PEMASARAN –PENGEDARAN MAKANAN (TAHAP 4) |
6 | FI021 | DIPLOMA EKSEKUTIF PERTANIAN (TAHAP 4) |
7 | FI022 | DIPLOMA PENOLONG PENGURUS LADANG RUMINAN (TAHAP 4) |
8 | FI023 | DIPLOMA PENOLONG PENGURUS PENGELUARAN – PEMPROSESAN MAKANAN (TAHAP 4) |
9 | FI041 | PENTADBIRAN OPERASI PENGELUARAN MAKANAN |
CIAST, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
(Permohonan belum dibuka)
Bil | Kod | Nama Program |
---|---|---|
1 | CF007 | SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (I-031-3:2014-OPERASI LATIHAN VOKASIONAL)* |
Permohonan adalah secara PERCUMA. Anda tidak perlu membeli nombor pin atau membayar yuran proses dan sebagainya. Apa kelebihan jika anda mengikuti pengajian dibawah kursus kemahiran ini?. Berikut adalah antara kelebihannya :
Dan banyak lagi kelebihan yang bakal anda perolehi. Berikut kami kongsikan tahap sijil kemahiran yang bakal memudahkan laluan anda mengambil ijazah kelak :
Kepada anda yang berminat untuk memohon sila rujuk pautan dibawah untuk semak syarat kelayakan, panduan permohonan dan pautan rasmi permohonan UPUSKILLS:
Kepada yang keliru antara permohonan UPUSKILLS dan kursus TVET/ILKA lepasan SPM, UPUSKILLS terbuka kepada lepasan kemahiran yang sudah pun memiliki sijil kemahiran tetapi ingin menyambung pengajian ke tahap/peringkat seterusnya. Contoh, anda memiliki kelayakan SKM Tahap 3 dan ingin sambung ke peringkat diploma di politeknik. Manakala untuk permohonan dibawah kategori TVET/ILKA pula adalah untuk pemohon yang tidak memiliki apa-apa sijil kemahiran. Majoritinya adalah lepasan SPM. Untuk lepasan SPM yang ingin memohon ke institut kemahiran, boleh kemukakan permohonan dalam UPU yang dimohon sekarang. Anda boleh campurkan kursus kemahiran dengan kursus arus perdana dalam 8 pilihan yang disediakan.
SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBANTU ANDA.
Perlukan
bantuan?