Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 20, 2017, 02:00 pm
Akademi Laut Malaysia 2017 membuka permohonan kepada calon-calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Maritim di ALAM. Calon-calon yang terpilih untuk melanjutkan pengajian di ALAM akan dilatih sepenuhnya seterusnya berpeluang untuk menjadi Kapten kapal atau Ketua Jurutera di syarikat-syarikat perkapalan terkemuka di dunia.
Program pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat Diploma iaitu Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin.
Kepada anda yang berminat untuk memohon perlu memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh ALAM mengikut kategori program pengajian :
(Klik untuk info program)
(Klik untuk info program)
Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan, boleh muat turun borang permohonan ALAM dengan klik disini. Isikan dengan lengkap borang permohonan berkenaan dan emel kan semula kepada [email protected] sebelum 9 April 2017.
Sekiranya anda terpilih untuk menghadiri sesi temuduga, sila klik di sini untuk melihat sampel Ujian Kemasukan ke ALAM. Anda perlu menduduki Ujian kemasukan ini sebelum anda terpilih untuk menghadiri sesi temuduga. Sekiranya anda gagal, anda tidak akan dapat meneruskan proses temuduga.
ALAM juga mengingatkan supaya anda membuat persediaan untuk sesi temu duga dengan membuat sedikit pembacaan melakukan beberapa kajian mengenai kursus yang anda ingin memohon (Pengajian Nautika atau Kejuruteraan Marin) dan juga berkaitan bidang perkapalan dan industri maritim secara umum. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pengambilan Sekretariat di 06-3882 307/314.
Perlukan
bantuan?