logo
logo

    Courses

    Institutions

Permohonan kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) 2017/2018

Afterschool

Afterschool

September 5, 2016





Laman Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) MAIWP umumkan permohonan kemasukan ke IKB sesi 2017/2018. 2016-09-05_1422 Ditubuhkan pada tahun 1991, Institut Kemahiran Baitulmal IKB adalah salah satu usaha MAIWP untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di Malaysia amnya dengan cara memberi mereka peluang menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti. IKB menyasarkan untuk menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam. Laman Facebook MAIWP baru-baru ini mengumumkan permohonan kemasukan ke IKB dibuka untuk sesi 2017/2018. Berikut adalah butiran lanjut permohonan:

Syarat kemasukan

  • Permohonan ke IKB adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, berpendapatan rendah dan khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.
  • Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis)
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita
  • Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP
  • Sihat tubuh badan & mempunyai minat untuk melanjutkan pengajian
  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam

Kursus yang ditawarkan

  • Kursus Kejuruteraan Elektrik
  • Kursus Penyediaan Dan Penyajian Makanan
  • Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Lelaki
  • Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Wanita

Tempoh Masa Kursus

  • Tempoh kursus selama 2 tahun.
  • Pengajian adalah berdasarkan sistem semester (4 semester).
  • Masa pembelajaran adalah pada Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Kemudahan yang disediakan

  • Peralatan dan bahan kursus
  • Pakaian seragam dua pasang setiap pelajar
  • Asrama dan makan minum
  • Kemudahan perpustakaan
  • Kemudahan sukan dan rekreasi.

Langkah permohonan