Permohonan ke UPSI untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda Dibuka Pada Hari ini, Jam 5 Petang

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 09, 2017, 10:11 am

Anda yang berminat untuk membuat permohonan ke UPSI, boleh mula memohon pada hari ini!. Permohonan telah pun dibuka pada hari ini DAN anda boleh mula memohon bermula JAM 5.00 PETANG 9 Oktober 2017. Cepat-cepat SERBU BSN.

 

ism_feb_20172018

 

PERMOHONAN TERBUKA KEPADA:

 

  • WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA
  • LEPASAN STPM/MATRIKULASI/STAM/DIPLOMA UA /DIPLOMA US/ DVM / DKM / DLKM /SETARAF
  • Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui www.upsi.edu.my/online bermula 9 Oktober 2017 (Isnin) selepas jam 5.00 petang.
  • Pemohon dinasihatkan membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan atas talian.
  • Pemohon mesti membeli no Bitara ID Ijazah  (RM26.06) mulai 9 Oktober 2017 (Isnin) hingga 3 November 2017 (Jumaat)dengan menggunakan kad pengenalan (IC) pemohon (bukan wakil) di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia.
  • Sila pastikan no Bitara ID Ijazah  yang dibeli adalah tertera di Slip pembelian sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. bitara, TIADA pemulangan bayaran.
  • Permohonan yang lewat tidak akan diproses dan permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 5 Mac 2018 (minggu ke-4 kuliah) adalah dianggap tidak berjaya.

 

NOTA :

SEMUA PROGRAM ISMP ADALAH PROGRAM BERBENTUK PASARAN TERBUKA (OPEN MARKET) IAITU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN YANG TIADA JAMINAN UNTUK LANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GURU) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) SELEPAS TAMAT PENGAJIAN KELAK.

 

JADUAL PROSES PENGAMBILAN PELAJAR 

 

upsi 1

 

Jadi untuk yang hendak memohon, sila semak kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan dan sebagainya. Syarat am kelayakan adalah seperti berikut :

 

SYARAT AM KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

 

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai

DAN

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain

ATAU

  •  Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

ATAU

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid

ATAU

  • Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50

DAN

  • Memiliki Sijil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Satu (1)/Band Satu (1).

 

Untuk semakan kursus yang ditawarkan dan syarat khas kelayakan mengikut kursus yang ingin dipohon KLIK DISINI, kemudian klik pada SYARAT KEMASUKAN. Untuk membuat permohonan, KLIK DISINI untuk terus ke bahagian permohonan dan pilih kategori dan seterusnya. Semoga berjaya!.

 

PERHATIAN

 

Kepada anda yang mempunyai saudara mara yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Boleh kongsikan dengan mereka pautan muat turun PERCUMA soalan ulang kaji SPM. Soalan berkenaan merupakan soalan analisis peperiksaan SPM 8 tahun lepas yang sememangnya soalan RAMALAN SPM untuk tahun ini. Kongsikan bersama mereka. KLIK DISINI untuk terus ke pautan muat turun percuma.

 

SPMRG

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail