logo
logo

    Courses

    Institutions

Ketahui Cara & Laman Web Rasmi Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Mesir & Jordan

Afterschool

Afterschool

January 17, 2018





Memandangkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 28 Januari 2020, kami juga ada berita baik sekiranya anda (lepasan STAM dan SPM) berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi sesi pengajian 2020/2021, permohonan secara atas talian telah pun dibuka dan dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Berikut adalah hebahan tarikh buka dan tutup permohonan.

  • Permohonan atas talian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutup pada 3 Februari 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

 

  • Permohonan atas talian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutp pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

 

  • Selepas keputusan SPM diumumkan, pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara atas talian sehingga tarikh tutup permohonan pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam

Pemohon bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja. Untuk menyemak panduan permohonan dan syarat kelayakan bagi permohonan ke Mesir dan Jordan boleh klik dibawah :

Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi mengingatkan kepada pelajar yang ingin menggunakan khidmat agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah, sebarang masalah yang timbul kelak adalah atas tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri kerana KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Untuk keselamatan pelajar di sana kelak, anda boleh membuat permohonan melalui KPT.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:

Bahagian Education Malaysia

Jabatan Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6

Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

No. Faks. : 03-8870 6853

Google : timurtengah@bem

Facebook : Education Malaysia Division

news images
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background