Permohonan ke Program Latihan Industri Nestle 2018

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 24, 2018, 09:21 am

Anda sedang berada di semester akhir pengajian dan masih memikirkan tempat untuk menjalani latihan industri?. Jangan risau, Nestle membuka tawaran latihan internship kepada anda. Antara kursus pengajian yang memenuhi keperluan syarikat Nestle adalah berkaitan  bidang perniagaan, pemasaran, pengurusan, perakaunan, logistik, teknologi makanan, kejuruteraan elektrik dan lain-lain yang berkaitan bolehlah memohon. Sekirannya anda berhasrat untuk jalani latihan praktikal di Institusi awam, KLIK DISINI untuk baca baik buruknya.

 

2016-internship-v1 (1)

 

Untuk yang kurang pengetahuan am, syarikat NESTLE merupakan salah sebuah syarikat gergasi dalam dunia pemakanan di Malaysia yang mempunyai pelbagai produk dibawah rangkaian pengeluarannya.  Untuk yang berminat membuat permohonan, berikut adalah syarat permohonan  :

 

  • Pelajar yang mengikuti Ijazah sepenuh masa di IPT
  • Memiliki minimum CGPA 3.2 atau setara
  • Terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum tambahan di universiti
  • Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang sangat baik
  • Mempunyai semangat yang kuat dan keinginan untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya pada masa depan
  • Keutamaan akan diberikan kepada pelajar tahun akhir

 

Jika anda berminat, boleh KLIK DISINI dan isi maklumat permohonan selengkapnya. Selesai mengisi, dalam masa yang sama sentiasa hubungi pihak pengurusan Nestle untuk maklum balas sama ada permohonan anda berjaya atau sebaliknya. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail