logo
logo

    Courses

    Institutions

Permohonan ke Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM 2018 Kini Dibuka!

Afterschool

Afterschool

June 7, 2018





Pihak Universiti Malaya telah membuka permohonan ke Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) sehingga 31 Julai 2018. Jadi kepada anda yang berminat menjadi seorang guru di sekolah menengah, anda boleh memohon melanjutkan pengajian ke program ini. 

 

Apa itu DPP?. DPP merupakan salah satu laluan untuk menjadi guru kepada lepasan siswazah yang sudah pun memiliki segulung ijazah sarjana muda tetapi BUKAN dalam kursus pendidikan. Jadi, sekiranya anda berminat dan berjaya dalam permohonan ini kelak, ianya bakal melayakkan anda menjadi seorang guru yang akan ditempatkan mengajar di sekolah menengah. Apa tunggu lagi inilah peluang anda. Berikut kami kongsikan laluan DPP yang sama seperti laluan DPLI bermula selepas SPM bagi anda yang masih keliru. 

 

  

 

Berikut pula adalah hebahan permohonan kemasukan ke program DPLI di Universiti Malaya (UM) bagi kemasukan September 2018:

 

Bidang pengkhususan apa yang ditawarkan?. Anda yang berminat menjadi guru dalam subjek berikut bolehlah memohon :

 

  • Matematik
  • Kimia
  • Biologi
  • Fizik
  • Teknologi Pengajaran
  • Kejuruteraan
  • Sains Komputer
  • Bahasa Malaysia
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Tahfiz
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan

 

Syarat kelayakan? :

 

Syarat Minimum Kemasukan:

 

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0),
  • Lulus temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan ATAU 
  • Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); DAN 
    • Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan;ATAU
    • Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti PendidikanATAU
    • Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.ATAU 
    • Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya. 
    • Lulus temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan

 

CARA PERMOHONAN

 

  • Klik link untuk ke laman rasmi permohonan : https://pgadmission.um.edu.my/
  • Pihak UM memaklumkan ada sedikit masalah teknikal, anda boleh membuat permohonan dibawah Postgraduate Programme for Semester 2 (February). Kemasukan masih kemasukan Semester 1 (September)
  • Daftar akaun

 

 

  • Add new programme

 

 

  • Lengkapkan maklumat diri dan sebagainya. RM 50 dikenakan sebagai yuran pemprosesan permohonan.

 

 

Jadi, kepada anda yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, bolehlah mengemukakan permohonan. Tempoh pengajian adalah selama 3 semester (1 tahun) dimana 8 bulan kuliah dan 4 bulan lagi adalah latihan praktikal di sekolah-sekolah. Peluang pekerjaan pula adalah open market, tidak dijamin tetapi masih berpeluang menjadi guru sama seperti graduan bidang pendidikan yang lain. Akan ada tempoh menunggu untuk dipanggil posting. Jika ada kekosongan akan menjadi guru dan bekerja dibawah KPM juga. Yuran pengajian : SEM 1 : RM4,409.00, SEM 2 : RM5,860.00 = JUMLAH KESELURUHAN (RM10,269.50). Sekiranya terpilih, temuduga akan dijalankan pada bulan Ogos dan kemasukan pada bulan September. Untuk info penuh mengenai program ini, boleh klik DISINI

 

Jadi, apa tunggu lagi inilah peluang anda untuk mencapai cita-cita menjadi seorang guru sekiranya sebelum ini gagal dalam ujian Medsi pendidikan atau temuduga pendidikan semasa memohon ke kursus degree pendidikan. Kepada yang ingin tahu keseluruhan laluan yang bakal melayakkan anda menjadi seorang guru, boleh klik artikel berikut : 

9 Laluan yang Bakal Melayakkan Anda Menjadi Seorang Guru!

Semoga perkongsian bermanfaat dan membantu anda!. 

news images
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background