Perakaunan
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 06, 2016, 03:23 pm
Kamu suka nombor? Kamu suka mengira untuk memastikan persamaan yang tepat dan seimbang? Maka semestinya kamu akan suka akaun. Bidang ini mengkaji tentang nombor dalam sektor kewangan, khususnya dalam syarikat-syarikat. Dalam erti kata lain, tugas kamu ialah memeriksa wang yang keluar dan masuk dalam syarikat.
Halatuju
Jika kamu berminat menjadi akauntan, kamu haruslah mendapat keahlian dari Institut Perakaunan Malaysia (MIA).
Fokus Matapelajaran
SPM
- Prinsip Akaun
- Matematik
- Perdagangan
- Ekonomi Asas
Universiti
- Perakaunan
- Perundangan dalam Perniagaan
- Perundangan dalam Percukaian
- Perakaunan Syarikat
- Organisasi dan Pengurusan
- Sistem Akaun
- Pengurusan Perakaunan
- Amalan Professional dalam Perakaunan
- Etika, Kelestarian dan Budaya
- Statistik Perniagaan
- Ekonomi Perniagaan
- Perakaunan Strategik dan Mampan
- Perkhidmatan Insurans dan Perauditan
- Teori Akaun
- Pengurusan Kewangan
Personaliti
Myers-Briggs: ESTJ
Ujian personaliti Myers-Briggs
Holland Vocational Code: CE (Conventional, Enterprising)
Ujian personaliti RIASEC
Info Karier
Sebagai akauntan, kamu boleh meneruskan karier kamu dengan menjadi Pengurus Kewangan, sebelum naik pangkat menjadi Pengawal Kewangan, Pengurus Kewangan Senior, Pengurus Kewangan dan Pentadbiran sebelum ke puncak iaitu Ketua Pegawai Kewangan (CFO).
Syarikat utama dalam perakaunan di Malaysia:
- PricewaterhouseCoopers
- Deloitte
- KPMG
- Ernst & Young
- BDO
- Grant Thornton
- Crowe Horwarth International
Gaji
Permulaan: RM2,000-RM3,500
Professional: RM4,500-RM6,500
Peluang kerja
Malaysia memerlukan 60,000 akauntan untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, lebih banyak akauntan bertauliah diperlukan di negara ini.
Luar negara: Walaupun dunia sedang mengalami ketidaktentuan ekonomi, permintaan kerja untuk akauntan masih lagi tinggi. Bahkan dalam kedudukan ekonomi sebegini, lebih ramai akauntan bertauliah diperlukan bagi memastikan syarikat menguruskan kewangan dengan lebih baik.
Nak jadi pro?
Kamu mestilah mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan seperti kewangan atau perniagaan sekurang-kurangnya selama tiga tahun untuk mendapat keahlian MIA dan mendapat pangkat Akauntan Bertauliah - C.A.(M).
Untuk membantu akauntan muda, MIA menubuhkan program
Chartered Accountants' Relevant Experience atau CARE bagi mendapatkan pengalaman dalam bidang ini.
Pautan luar
Badan mengawas
Malaysian Institute of Accountants
Badan Professional
ACCA
CIMA
ICAEW