Penularan COVID-19 di Sekolah| Ibu bapa dan pihak sekolah mungkin Akan dikenakan kompaun

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 22, 2021, 09:07 am

Kementerian Kesihatan memaklumkan sejumlah 83 kluster COVID-19 melibatkan 4,868 kes dilaporkan berlaku dalam sektor pendidikan sepanjang tahun ini selepas institusi pendidikan dibuka. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 atau 59.04 peratus kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.

 

 

Baru-baru ini di Kelantan, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan seramai 259 atau 56 peratus daripada 464 individu telah dikesan positif Covid-19 dimana mereka adalah terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan jumlah selebihnya adalah guru, kakitangan sekolah, murid sekolah rendah, kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun dan individu lain berusia lebih 19 tahun.

 

Pihak sekolah juga dikatakan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan. Persoalannya adakah wajar meletakkan kesalahan keatas pihak sekolah kerana selepas waktu persekolahan pelajar akan bergaul semasa sendiri di luar waktu sekolah. Bersesak-sesak menunggu ibu bapa masing-masing. 

 

Menerusi berita Awani, kompaun mungkin dikenakan kepada pihak sekolah, jika sekolah terpaksa ditutup kerana wujud kluster baharu COVID-19, akibat pengabaian prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa. Untuk tonton berita KLIK DISINI. Berikutan itu, ibu bapa mengamuk dan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di laman sosial.

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail