Bermula dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia sebagai eksekutif pentadbiran, kamu boleh membina pengalaman dan mendapat kelayakan professional dan naik ke jawatan eksekutif senior dan/atau pengurus. Jika kamu menunjukkan bakat yang hebat dalam bidang ini, kenaikan pangkat juga boleh berlaku dengan cepat.
Fokus matapelajaran
Universiti:
- Kemahiran Perakaunan dan Kewangan
- Kemahiran Komunikasi dan Perniagaan
- Kemahiran Komputer
- Pengurusan Perkhidmatan
- Undang-undang
- Pengurusan Manusia dan Sifat Manusia
- Etika
- Penilaian Pelanggan
- Pembangunan Pekerja
- Hubungan Pekerja
- Undang-undang buruh
- Pengurusan Prestasi dan Kualiti
- Pengurusan sumber manusia antarabangsa
- Prinsip Pengurusan
Harga yuran:
- Yuran untuk belajar di Malaysia: RM45,000-RM80,000
- Yuran untuk belajar di luar negara: RM50,000-RM85,000
Personaliti
Myers-Briggs: ESTJ, ENTP
Ujian personaliti Myers-Briggs
Holland Vocational Code: CE (Conventional, Enterprising)
Ujian personaliti RIASEC
Gaji
- Peringkat awal (Eksekutif Sumber Manusia) - RM2,500
- Eksekutif senior - RM3,400
- Pengurus - RM6,000
- Pengurus senior - RM8,000
- Pengarah sumber manusia - RM10,000
Nak jadi profesional?
Malaysia mempunyai banyak institusi dan organisasi yang dapat membantu kamu dalam bidang pengurusan sumber manusia ini, yang aktif dalam pemantauan kelayakan eksekutif dan pengurus di negara ini, seperti Human Resources Developement Fund (HRDF), organisasi terbesar yang membantu dalam bidang pengurusan sumber manusia di negara ini.