Afterschool
September 5, 2016
Adakah kamu sentiasa yakin dan bersemangat, mempunyai skil kepimpinan, dan suka membantu orang lain? Jika ya, kami ada kursus yang sesuai untuk kamu - Industri Hospitaliti Global!
Pengajian dalam pengurusan hospitaliti dan bidang-bidang yang berkaitan akan mendedahkan kamu kepada pengalaman kerja dan pembelajaran praktikal. Ijazah Lanjutan dalam bidang ini sangat berguna dan penting kerana kamu mungkin akan menceburi bidang-bidang berikut:
Sebagai pelajar pengurusan hospitaliti, kamu akan mempelajari subjek-subjek berikut:
Diploma: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Lulus dengan min. 5 kredit termasuk lulus Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah, O Level atau Setaraf. Ijazah Sarjana Muda: A Level, SPTM, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya.
Antara ciri-ciri yang dimiliki oleh mereka yang bekerja dalam bidang pengurusan hospitaliti adalah komitmen, kemahiran komunikasi yang baik, kemahiran komputer, bersemangat, kemahiran interpersonal, sifat kepimpinan, teratur, mementingkan keselamatan dan kebersihan, kebolehan kerja berpasukan, dan mementingkan setiap perincian. Cari jenis personaliti Myers-Briggs kamu di sini. Kod Holland Vocational : ESR (Enterprising, Social, Realistic) Ambil ujian RIASEC di laman web ini.
Industri hospitaliti adalah sangat luas dan menyediakan pelbagai jawatan di peringkat pengurusan dalam bidang restoran, penginapan, pengaturcara majlis, taman tema, kelab resort, kapal pelayaran mewah, kasino, dan juga olahraga profesional. Beberapa pasukan sukan, misalnya, mencari individu yang mempunyai ijazah pengurusan hospitaliti untuk merancang perjalanan dan kehidupan harian atlet mereka. Antara jawatan dalam bidang ini adalah:
Tahap permulaan: RM 2000 - RM 3000 Tahap Profesional: RM 3000 - RM 5000
Di Malaysia: Sebilangan besar graduan memegang jawatan pengurusan di syarikat penerbangan, kapal persiaran mewah dan syarikat pelancongan. Ramai graduan membuka syarikat pelancongan di negara asal mereka untuk menyediakan khidmat pemandu pelacong kepada pelancong yang melawat negara mereka. Peringkat global: Industri hospitaliti sangat meluas kerana ia melibatkan restoran, hotel, pelancongan atau aktiviti riadah. Di kebanyakan negara, perniagaan utama adalah pelancongan. Malah, terdapat banyak peluang kerja di sektor kerajaan untuk graduan universiti.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.