
Afterschool Team
January 11, 2016
Tahun baru ini, Ahmad Aiman Bin Mohamed berkongsi pengalaman dan perjalanan mengejar gelar sebagai seorang guru Malaysia melalui Institut Pengajian Guru (IPG).
Calon harus menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang menguji kelayakan kita sebagai seorang guru.
Ujian tersebut terbahagi dua:
Pakaian mencerminkan keperibadian, jadi calon guru hendaklah berpakaian sopan dan kemas.
Calon lelaki digalakkan memakai:
Waktu orientasi satu minggu mestilah digunakan untuk saling mengenal satu sama lain.
Syarat berpakaian para siswa adalah kemeja putih dengan seluar atau kain hitam sepanjang musim orientasi.
Tahun pertama di IPG dinamakan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang mirip dengan program Asasi di Universiti Awam.
Setelah itu, siswa IPG yang layak akan melanjutkan pengajian 4 tahun ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Siswa yang memulakan pengajian sesi Jun 2015 akan lulus dari PPISMP pada Jun 2016.
Setelah cuti pertengahan semester bulan Jun berakhir, semester pertama PISMP akan bermula.
Cuti sepanjang pengajian di IPG adalah sama dengan cuti di sekolah kerajaan biasa.
Terdapat 8 matapelajaran pada semester pertama di PPISMP, bermakna terdapat 8 ujian.
Lima subjek akan dinilai secara berterusan (peperiksaan + tugasan) tanpa ujian akhir.
Tiga matapelajaran teras akan dinilai berdasarkan tugasan dan ujian akhir.
Kelas diadakan setiap Isnin hingga Jumaat setiap minggu, dengan kelas tambahan pada hari Minggu jika perlu.
Jam kelas adalah anjal, dari seawal 7.45 pagi hinggalah 11 pagi. Tetapi akan berakhir pada masa yang sama setiap hari (4 petang) kecuali setiap hari Rabu (12 siang).
Baca lebih lanjut di blog Aiman.