Kursus ini sesuai untuk mereka yang sukakan kanak-kanak! Pusat asuhan kanak-kanak dan tadika sangat memerlukan guru yang mempunyai niat murni untuk membantu kanak-kanak membesar dengan cerdas dan mencapai kecemerlangan akademik.
Hala tuju
Program Sarjana Muda kursus pendidikan awal kanak-kanak memberi persediaan kepada kamu untuk mendidik kanak-kanak yang baru lahir sehinggalah ke usia enam tahun. Kamu akan memahami dengan lebih mendalam tentang perkembangan kanak-kanak dan keperluan pendidikan mereka di peringkat awal kehidupan mereka. Paling penting, kamu akan mempelajari cara mengajar asas matematik, membaca dan sains kepada kanak-kanak.
Fokus mata pelajaran
SPM:
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Malaysia
Peringkat universiti:
- Pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak
- Pengenalan kepada perkembangan kanak-kanak
- Kurikulum awal kanak-kanak secara holistik
- Komunikasi, bahasa dan literasi di peringkat awal
- Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan
- Komunikasi, bahasa, dan literasi di peringkat awal
- Matematik dan Sains untuk peringkat awal
- Teori dan Praktikal Montessori
- Pengajian Malaysia
- Pedagogi Awal Kanak-Kanak
Personaliti
Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ
Personaliti ini memiliki pemikiran objektif apabila membuat keputusan. Mereka tidak akan mengambil kira aspek peribadi apabila membuat keputusan.
Info kerjaya
Pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak berpeluang mendapat pekerjaan dalam bidang-bidang pendidikan awal kanak-kanak yang berikut:
- Perguruan
- Pemilikan atau pengurusan pusat jagaan kanak-kanak atau nurseri
- Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
- Konsultan pengurusan pra-sekolah
- Bekerja di Sekolah Antarabangsa
- Kamu juga boleh menjadi Guru Pra-sekolah, Guru tadika, pemilik institusi tadika, penolong pengarah pendidikan, pendidik, pensyarah, pegawai sumber manusia (jabatan perkhidmatan awam).
Gaji
Permulaan: RM 1,500 hingga RM 2, 500
Profesional: RM 3,500 hingga RM 5,500
Peluang kerja
Memandangkan terdapat anggaran 93% guru pendidikan awal kanak-kanak dan pemilik pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia adalah lepasan SPM, latihan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) disediakan untuk mereka bagi mendalami sepenuhnya keperluan kanak-kanak.
Malah, latihan pra-perkhidmatan disediakan untuk guru-guru baharu bagi meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme dalam ECCE
Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. Kementerian Pendidikan Malaysia (MoE) sedang meningkatkan kemasukan ke pra-sekolah daripada 67% pada 2009 ke 87% tahun ini. Jumlah ini akan meningkat kepada 95% pada 2015 dan 97% menjelang 2020. Dengan bertambahnya pelajar pra-sekolah, kebanyakan pra-sekolah bakal memerlukan guru dengan kelulusan Sarjana Muda.
Pautan penting
School Malaysia
Malaysia Association Professional Early Childhood Educators
Ministry of Education
