Pendaftaran PPA untuk guru pada Ogos ini

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 02, 2016, 06:02 pm

Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Sesi 2 Tahun 2016 yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Ogos 2016 boleh dirujuk melalui laman web https://sisppa.moe.gov.my.assembly_600x400 Turut dimaklumkan juga bermula PPA Sesi 2 Tahun 2016, peperiksaan perkhidmatan bagi Pembantu Pengurusan Murid (PPM) akan dilaksanakan mengikut  3 kategori pengkhususan berikut: i)                Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah); ii)               Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas); dan iii)              Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid (Asrama). Calon PPM yang layak dikehendaki mendaftar mengikut kategori pengkhususan yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Unit Peperiksaan Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi di talian 03-8317 9000.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail