Afterschool Team
May 7, 2018
Kepada anda yang ingin mengambil peperiksaan MUET SESI 2 pada bulan Julai kelak, permohonan yang dibuka pada 1 Mac 2018 bakal ditutup pada 13 Mei 2018 ini.
Sekiranya anda ingin membuat permohonan untuk kemasukan pengambilan kedua ke universiti awam pada bulan Februari/Mac 2019, anda dinasihatkan untuk mengambil MUET pada bulan Julai ini. Keputusan dijangka akan diketahui selepas tempoh 2 bulan iaitu sekitar bulan September-Oktober 2018.
Permohonan pengambilan kedua melibatkan beberapa buah universiti bagi kemasukan pada bulan FEB/MAC akan dibuka bermula pada bulan Oktober sehingga Disember. Jadi jangan lepaskan peluang ini sekiranya anda sudah terlepas peluang akibat tidak memiliki keputusan MUET. Untuk info berkaitan pengambilan kedua dan senarai universiti yang menawarkannya pada tahun lepas, rujuk artikel berikut : Senarai keseluruhan universiti awam yang membuka pengambilan kedua FEB/MAC. Anda juga boleh rujuk tarikh permohonan ditutup. Tarikh tersebut tidak akan lari jauh daripada tarikh tutup permohonan pada tahun ini.
SEMOGA BERJAYA UNTUK ANDA!