logo
logo

    Courses

    Institutions

Peminjam gagal bayar PTPTN tidak boleh beli kereta, rumah

Afterschool Team

Afterschool Team

April 27, 2016





Peminjam yang gagal untuk membuat bayaran balik pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berdepan dengan kesukaran mendapatkan pinjaman bank untuk membeli kenderaan atau hartanah. news - PTPTN allocates RM1 Ini kerana nama mereka akan dimasukkan ke dalam pangkalan data berkomputer CCRIS untuk disenaraihitamkan. Malah, langkah itu turut dilakukan kepada peminjam yang tidak konsisten dalam membuat pembayaran semula. Perkara itu disahkan oleh oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN (Dasar dan Operasi) Mastura Mohd Khalid apabila memberitahu, langkah itu diambil ekoran kadar pembayaran semula pinjaman yang diterima PTPTN amat rendah pada Februari. Sementara itu, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberikan respon, rekod pembayaran balik yang lemah dari pinjaman sebelum akan memberikan implikasi buruk kepada permohonan baru.