Afterschool
August 19, 2016
Ada yang kata biasiswa Yayasan Bank Rakyat ini lebih baik daripada PTPTN, betul ke? Jom tengok ciri-ciri menarik biasiswa ini!
Jumlah tajaan PPBU bergantung kepada peringkat pengajian seperti berikut:
Pelajar yang layak mungkin ditawarkan kerja di Bank Rakyat selepas tamat pengajian, bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Bank Rakyat/Bank Rakyat.
Pengajian luar negara Tajaan PPBU adalah seperti berikut:
*Pelajar perlu menanggung sendiri perbelanjaan insuran kesihatan dan kemalangan, pasport dan visa.
YA, jika kamu warganegara Malaysia yang telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran dan memenuhi syarat-syarat berikut:
Peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana dengan CGPA 3.00 ke atas atau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.75 ke atas atau kelulusan yang setara dengannya.
Peringkat Ijazah Sarjana Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.00 ke atas.
Peringkat Ijazah Sarjana Muda
Peringkat Diploma Sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya mendapat 5A dan 4B (tiada gred C dan ke atas).
Peringkat Diploma Kemahiran Sekurang-kurangnya berkelulusan sedang/telah mengikuti kursus tahap 2 bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Lulus SPM bagi pemohon Sijil Kemahiran yang lain.
Peringkat Sijil Kemahiran Perlu berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dua (2) kredit di dalam mana-mana mata pelajaran yang lain.
Dalam negara Tajaan pendidikan disediakan untuk semua peringkat pengajian termasuklah Ijazah Sarjana Muda hingga Ph.D kecuali bidang profesional.
Yayasan Bank Rakyat tidak memberikan biasiswa untuk peringkat pengajian berikut: • Asasi IPTS • Certified Accounting Technician (CAT) • Asasi/Matrikulasi • Tahmidi
Bidang yang diberi keutamaan: • Perakaunan • Perbankan • Pengurusan Perniagaan • Sumber Manusia • Ekonomi • Komunikasi Media • Undang – Undang • Sains Aktuari
Bagaimanapun, YBR tetap menaja bidang lain kecuali Perubatan dan Penerbangan (Lesen)
Luar negara Tajaan pendidikan disediakan untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
Tajaan pendidikan disediakan untuk kursus yang berkaitan perbankan sahaja. Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian seperti berikut:
Malaysia:
Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa di IPT berikut:
Luar negara: YBR memilih universiti-universiti dari AUSTRALIA SAHAJA yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, JPA/MQA bagi menaja pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Bagi pengajian yang melebihi daripada maksimum tempoh tajaan YBR, perbelanjaan adalah di bawah TANGGUNGAN SENDIRI
YBR akan mula menaja pelajar dengan mengikut pada tahun semasa pelajar membuat permohonan.
Mulai tahun 2010, semua permohonan hendaklah dibuat secara ‘on-line’ SAHAJA dengan melayari laman web Yayasan Bank Rakyat di http://www.yayasanbankrakyat.com.my
Pelajar perlu membuka akaun Simpanan Bank Rakyat semasa membuat Tajaan PPBU dengan minimum RM 100.00
Anda dikehendaki untuk mencetak borang permohonan yang diisi secara on-line dan menghantarnya kepada pihak YBR beserta dengan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan semakan permohonan.
Borang maklumat penjamin akan diminta oleh pihak Yayasan bagi permohonan yang berjaya sahaja.
Borang perlu dikembalikan dalam masa 14 hari daripada tarikh penawaran PPBU / Biasiswa.
Semakan boleh dibuat melalui laman web YBR, emel pemohon dan melalui SMS yang akan dihantar oleh pihak YBR.
Jika berjaya tetapi tidak mahu menerima biasiswa, sila pulangkan borang Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa yang dipos kepada pelajar ke YBR beserta surat rasmi sebab-sebab penolakan PPBU tersebut.
Jika tidak berjaya, rayuan tidak akan dipertimbangkan. Sila cuba lagi memohon pada tempoh Pembiayaan PPBU tahun berikutnya.
Sebaik menamatkan pengajian, pelajar dikehendaki menghantar transkrip penuh akademik beserta dengan surat pengesahan tamat pengajian kepada pejabat YBR melalui kaedah emel ataupun pos.
Pembayaran balik PPBU adalah melalui 2 kaedah iaitu samada melalui perbankan internet i-rakyat ataupun di mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.
Penangguhan pembayaran balik hanya diterima sekiranya pelajar tersebut menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan juga atas sebab-sebab yang dipersetujui (tertakluk kepada budi bicara pihak YBR).
Pada pendapat kami, memang Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) ini ada kelebihannya berbanding PTPTN. Tapi ada juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira, contohnya, tidak semua pelajar layak diberi pinjaman ini jika dinilai berdasarkan kelayakan akademik. Apa pun, keputusan akhir tetap di tangan kamu, jadi tepuklah dada, tanyalah selera. Selamat berjaya!
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.