Afterschool
March 16, 2017
Keputusan SPM diumumkan hari ini. Ramai yag buntu memilih jalan yang terbaik selepas menerima keputusan masing-masing. Bagi anda pula, apakah hala tuju anda?. Bidang akademik atau kemahiran?. Manakah yang menjanjikan peluang kerjaya yang lebih baik selain gaji yang lumayan?. Bagaimana dengan yuran pengajian dan sebagainya lagi.
Bagi anda yang memilih untuk belajar dalam bidang kemahiran, Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) yang merupakan salah satu bahagian yang berada di bawah Sektor Pendidikan MARA menyediakan Latihan kemahiran MARA kepada pelajar yang berminat. Institut Kemahiran MARA yang pertama mula ditubuhkan di Jasin, Melaka sejak tahun 1968 lagi. Sehingga kini, BKT mengendalikan 11 buah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan 13 buah Institut Kemahiran MARA (IKM) di seluruh Malaysia.
Dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir, maka pelbagai bidang dan program telah ditawarkan bagi memastikan latihan kemahiran MARA yang kini dikenali sebagai Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV), dapat mengisi dan menyumbang keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri dan negara.
Jadi kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran selain menawarkan peluang pekerjaan serta gaji yang lumayan. bolehlah memohon pengajian kemahiran secara percuma di KKM. Selain itu juga, pelajar turut diberikan elaun percuma setiap bulan!.
Jika anda melanjutkan pengajian kemahiran di bawah MARA, peluang anda menimba ilmu kemahiran sangat luas selain anda turut berpeluang untuk bekerja di syarikat-syarikat besar seperti Sapura Holdings, Panasonic, Petronas, Proton, Felda dan banyak lagi. Kemahiran yang diperolehi nanti, akan melayakkan anda bekerja di mana-mana syarikat besar di seluruh dunia!. Boleh rujuk gambar kolaborasi yang kami kongsikan di bawah.
Kepada anda yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk membuat permohonan, bolehlah melayari portal rasmi permohonan ke Kolej Kemahiran MARA dengan klik di sini.Kami di Afterschool mengucapkan selamat maju jaya kepada anda. Jangan pernah berputus asa!
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.