Pelajari bidang perubatan tradisional Cina di universiti cawangan Cina yang pertama di Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 26, 2015, 05:40 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Xiamen University Malaysia Campus (XMUMC) di Sepang akan memulakan pengambilan pertama pada bulan Februari 2016. eca86bda385d172d5b6718 Semasa mesyuarat dua hala kelmarin dengan Perdana Menteri Republik Rakyat China Li Keqiang, Najib mengumumkan bahawa kampus itu kini dibuka dan akan menawarkan ijazah dalam bidang perubatan tradisional Cina. Tambahnya XMUMC menandakan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Beijing. Li, yang gembira dengan berita itu, menyatakan sokongan kerajaan China dalam menggalakkan pelajar untuk melanjutkan pengajian di XMUMC. Xiamen University Malaysia Campus (XMUMC) telah didaftarkan secara rasmi oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pada 13 November 2015. Pelajar boleh mula memohon untuk belajar di universiti mereka sekarang hingga Disember 2015. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi XMUMC di + 603-21816642.
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail