Pelajar Terkilan Pensyarah Tidak Ada Common Sense Siap Voice Note Tak Halalkan Ilmu Disebabkan Bencana Banjir

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 20, 2021, 08:01 am

Disebalik kesedihan kita dan rasa simpati ke atas mangsa banjir yang menimpa beberapa buah negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur, tular satu video di laman sosial Tiktok dimana salah seorang pelajar di IPTA terkilan apabila universiti dan pensyarahnya tidak mempunyai common sense terhadap pelajar yang terlibat dalam bencana banjir berbanding universiti lain. 

 

Pensyarah berkenaan juga tidak redha dan halalkan ilmu yang diberikan selepas salah seorang pelajar menegur pensyarah berkenaan untuk lebih bersikap prihatin terhadap masalah pelajar yang ditimpa bencana. 

 

 

 

Rata-rata komen di video berkenaan tidak berpuas hati dengan ugutan pensyarah tersebut yang tidak redha dengan ilmu yang diberikan sedangkan ilmu tersebut dipinjamkan oleh Allah untuk disampaikan kepada orang lain. Ada juga komen yang mempersoalkan redha pensyarah sedangkan gaji mereka dibayar oleh yuran pelajar bukannya percuma. 

 

 

Korang boleh tonton video dan nilaikan sendiri dengan klik link video viral pensyarah tak halalkan ilmu.

 

Kesimpulannya, menjadi pendidik perlu ada common sense dan barulah layak menjadi seorang pendidik. Ada yang kata itulah beza pensyarah dan guru. Guru dipilih selepas ujian personaliti diri dan benar-benar layak menjadi guru tetapi pensyarah siapa pun boleh jadi asalkan ada kelayakan akademik. Sebab tu pensyarah ni tak ada common sense, suka gagalkan pelajar betul ke?

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail