Afterschool
December 30, 2016
Seorang pelajar, Yaacob Nasran, 18 tahun, menuntut di salah sebuah kolej di ibu negara mati ditikam dengan pedang samurai oleh bekas suami kepada pelayan kelab malam, semalam.
[caption id="attachment_65635" align="alignnone" width="600"]Kejadian tersebut berlaku di Kelab malam yang terletak di Asia City, Kota Kinabalu, Sabah. Rentetan kejadian tersebut, Polis bertindak menahan dua suspek utama, masing-masing beumur 23 dan 26 tahun di salah sebuah rumah di kawasan Bukit Padang, Luyang kira-kira pukul 9 pagi selepas melarikan diri daripada lokasi kejadian.
[caption id="attachment_65636" align="alignnone" width="600"]Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, empat individu yang bekerja di bar tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan.
Ekoran kejadian tersebut, dua mangsa berusia 18 tahun mengalami kecederaan ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.
Menurut laporan, mangsa dan rakan-rakannya bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menghabiskan cuti semester mereka. Namun, kejadian malang menimpa mereka apabila salah seorang daripadanya ditemui mati dengan kesan tikaman di leher dan dahi manakala tiga yang lain cedera.
[caption id="attachment_65637" align="alignnone" width="600"]Menurut polis, punca pergaduhan kemungkinan bermula daripada perasaan cemburu oleh bekas suami kepada seorang pelayan yang bekerja di bar tersebut. Siasatan awal mendapati bahawa ketika ingin meninggalkan bar sekitar jam 4.30 pagi, mereka terperangkap di tengah-tengah pergaduhan antara suspek dan bekas isterinya.
Beliau berkata, suspek dan seorang saudaranya kemudian secara tiba-tiba mula menyerang kumpulan berkenaan.
"Dia kemudian mengambil parang dan mengayunkannya ke arah kumpulan belia itu hingga membunuh seorang daripada mereka di tempat kejadian," kata Chandra.
Sementara itu, pihak polis juga turut memaklumkan kepada datuk bandar Kota Kinabalu untuk menutup kelab malam tersebut kerana beroperasi lebih dari masa yang dibenarkan iaitu melebihi jam 01:00 am.