Pelajar Perubatan Universiti Malaya (UM) Dilarang Ambil Peperiksaan Selepas Menolak Untuk Diberi Suntikan Vaksin Covid-19

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 16, 2021, 02:54 am

Kementerian Pengajian Tinggi hari ini telah menegur Universiti Malaya (UM) kerana didakwa sengaja menimbulkan masalah apabila telah melarang salah seorang pelajar perubatannya yang menolak untuk diberi suntikan vaksin Covid-19 sebelum mengambil peperiksaan.

 

 

New Straits Times melaporkan menteri KPT, Datuk Seri Noraini Ahmad memaklumkan beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah kementerian, Prof Datuk Husaini Omar untuk menyiasat perkara itu dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan.

 

“Program Imunisasi Nasional (NIP) Covid-19 masih berjalan dan belum merangkumi semua rakyat Malaysia, termasuk pelajar universiti. Walaupun kementerian mendukung sepenuhnya usaha untuk mendorong siswa mendaftar vaksin, tetapi pihak universiti tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sendiri peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP)  yang berkaitan dengan Covid-19 secara terpisah dari keputusan Majlis Keselamatan Nasional (NSC).

 

"Semua program dan latihan akademik tertakluk kepada SOP dan kebenaran yang dikeluarkan oleh kementerian dan NSC. NSC tidak memiliki peraturan berasingan untuk mereka yang divaksin dan mereka yang tidak divaksin. 

 

Semalam, dilaporkan bahawa seorang pelajar perubatan UM dilarang mengambil peperiksaan selepas dia dilaporkan menolak untuk diberi vaksin Covid-19. Penolakan tersebut adalah kerana, beliau tidak dapat memilih jenama vaksin yang ingin diambilnya.

 

Menurut portal berita Malaysia Gazette, Nik Farah Ellisha Mohd Razif, 22, mengatakan bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada pihak universiti mengenai penolakan untuk mendapatkan vaksin tersebut.

 

 

Disebabkan beliau dihalang untuk mengambil peperiksaan, Nik Farah kemudiannya telah membuat laporan polis terhadap universitinya itu. Laporan berkenaan disokong oleh Persatuan Pengguna Muslim Malaysia yang turut menyuarakan pandangan ragu-ragu terhadap vaksin dan menyokong ubat anti-parasit yang tidak diatur ivermectin dalam merawat Covid-19 sebelumnya.

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail