Pelajar kurang berminat dengan sastera?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 29, 2016, 03:26 pm

\Pelajar kurang berminat dengan sastera. Pendidikan sastera di negara ini dilihat agak membimbangkan kerana para pelajar lebih berminat untuk mengikuti bidang sains bagi menjamin masa depan ketika memasuki alam pekerjaan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.novelist2, Pelajar kurang berminat dengan sastera Menurut beliau, persepsi dan pandangan tersebut perlu diubah dengan mendekati pelajar aliran sains dan memberi pemahaman yang betul tentang kesusasteraan. “Tanggapan yang positif serta contoh-contoh terhadap penulis yang berjaya di luar negara perlu dijadikan teladan kepada pelajar atau individu yang baharu menunjukkan minat dalam penulisan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-13 di Putrajaya. Masalah yang menjadi halangan kepada pelajar daripada meminati bidang sastera wajar diselesaikan dengan segera seperti bayaran royalti terhad berbanding proses penulisan sesebuah karya atau tanggapan negatif masyarakat terhadap kerjaya penulis. --Utusan

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail