logo
logo

    Courses

    Institutions

Pelajar diperdaya dengan sijil tidak diiktiraf

Afterschool Team

Afterschool Team

August 15, 2016





Sekumpulan bekas pelajar Seni Kulinari mendakwa ditipu oleh sebuah kolej swasta. Pelajar diperdaya dengan sijil tidak diiktiraf Pelajar mendakwa sijil yang diterima selepas tamat pengajian tidak diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Salah seorang mangsa, Muhammad Ariff Nor Ismail, 19 mendakwa sejak melanjutkan pelajaran di koleh tersebut, dia telah membayar RM 20,120 daripada jumlah keseluruhan yuran sebanyak RM 32,900 untuk tiga tahun pengajian dari Julai 2014 hingga 2017. "Sudahlah kami terpaksa membayar yuran pengajian yang mahal, kolej itu juga tidak mempunyai fasiliti perpustakaan, bilik darjah yang kondusif serta dapur yang tidak lengkap. Malah, sebahagian tenaga pengajar juga tidak mempunyai Sijil untuk Latihan Vokasional (VTO)." Muhammad Ariff Nor berkata, ketika mula-mula mendaftar di kolej tersebut, pihak pengurusan berjanji akan memberikan pinjaman PTPK sebanyak 80%, namun selepas setahun dia hanya menerima RM 15,000 sementara baki yuran terpaksa dibayar oleh ibu bapanya. "Keluarga saya bukan golongan berada, tapi bila saya minta penangguhan bayaran, pihak pengurusan kolej tidak membenarkan saya menduduki peperiksaan dan memaksa saya membayar yuran pengajian,"katanya lagi. Seorang lagi bekas pelajar, Mohammed Asyraaf Mahizan, 19, yang juga berkongsi nasib yang sama berkata dia mahu wangnya dikembalikan dan menyeru pihak berkuasa menyiasat kolej tersebut. Menurutnya, tujuh lagi rakan sekelasnya turut ditipu. Muhammad Ariff Nor Ismail dan Mohammed Asyraaf Mahizan serta beberapa rakan sekelas mereka masing-masing telah membuat laporan polis. Jangan jadi mangsa penipuan! Terokai institusi TERBAIK dan DIIKTIRAF di Afterschool.my! AS-Biasiswa-600x200-1