Patut tak terima tawaran Tingkatan 6 sebelum masuk matrikulasi?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 11, 2016, 10:51 am

Terkejut pelajar ambil risiko tinggi.bimbang-menunggu-panggilan-matrikulasi-masuk-tingkatan-enam 2 hari berturut-turut saya menjalankan program bersama pelajar-pelajar tingkatan 6 yang baru mendaftar, sebahagian daripada program minggu suaikenal di sekolah-sekolah yang menjemput. Ada pelajar yang telah mendapat tawaran ke matrikulasi turut menyertai pengajian tingkatan 6. Menurut saya, ini adalah satu langkah yang sangat tinggi risikonya kepada pelajar sendiri. Antara hal-hal yang membimbangkan saya adalah:

  • pelajar yang belum mengesahkan menerima tawaran ke Matrikulasi
  • pelajar yang takut nanti tak dapat permohonan melalui UPU (sebab terima tawaran Matrikulasi)
  • pelajar yang masuk Tingkatan 6 kerana takut tak dapat UPU dan tak terima tawaran Matrikulasi

Halatuju-Byline-600x200Nasihat saya tentang cara selamat membuat pilihan di antara Tingkatan 6 dan Matrikulasi: Pastikan terima dulu tawaran ke matrikulasi. Menerima tawaran ke matrikulasi tidak akan menjejaskan permohonan anda melalui UPU. Menerima tawaran belum lagi bermakna anda telah menjadi pelajar matrikulasi kerana pelajar yang menerima tawaran perlu seterusnya mendaftar secara dalam talian dengan kolej matrikulasi dari 9 - 31 Mei 2016. Mendaftar secara online ini pun belum lagi menjadikan pelajar yang sebagai pelajar matrikulasi. Ini kerana pelajar perlu membuat bayaran sebelum pergi mendaftar pada 5, 6 atau 7 Jun 2016. Hanya selepas mendaftar pada tarikh tersebut barulah anda diterima sebagai pelajar. Jadi jika UPU akan umumkan keputusan permohonan anda pada 16 Mei 2016, anda masih ada masa (sekiranya gagal untuk permohonan melalui UPU) untuk anda melengkapkan pendaftaran secara online sebelum 31 Mei 2016. Langkah seterusnya adalah dengan membuat bayaran pendaftaran untuk melengkapkan penerimaan anda sebagai pelajar matrikulasi. Begitu juga sebaliknya jika anda dapat tawaran melalui UPU. Tidak perlu teruskan pendaftaran secara online dengan kolej matrikulasi, walaupun telah menerima tawaran. Kesempurnaan taraf sebagai pelajar matrikulasi adalah melalui 4 langkah berikut:

  1. Terima tawaran
  2. Daftar secara online (9 - 31 Mei 2016)
  3. Buat bayaran pendaftaran (sebelum mendaftar pada 5, 6 atau 7 Jun)
  4. Hadir mendaftar di kolej matrikulasi (5, 6 atau 7 Jun 2016)

Kaunselor Halatuju dapat dihubungi melalui Facebook.AS-Q&A-600x200- (1)

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail