Apa itu e-Operasi?
Panduan mengisi borang e-operasi. e-Operasi ialah satu aplikasi untuk memudahkan para guru mengemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan. e-Operasi juga ialah untuk para guru menyemak status mereka jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG).
Panduan mengisi borang e-operasi
1. Sila buka laman web
https://eoperasi.moe.gov.my/ atau
http://apps.moe.gov.my/eoperasi jika menggunakan telefon bimbit untuk panduan mengisi borang e-operasi.
2. Klik Daftar Masuk atau Pendaftaran Baru untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan.

3. Isi maklumat yang ditanya untuk pengisian sistem. Selepas selesai, klik Simpan.

4. Semua guru diwajibkan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
5. Semua guru perlu menyemak dan mengesahkan data mereka sendiri.
6. Ini penting untuk e-Pangkat dan BSKG.
7. Selepas sudah ada ID dan kata laluan, sila masuk ke dalam sistem (log in).