Afterschool
April 7, 2017
Berakhirnya permohonan UPU semalam, ramai yang sudah terfikir mengenai pinjaman pendidikan. Bagaimana hendak sambung belajar jika duit tidak ada?. Ada juga antaranya sudah membuat keputusan untuk tangguhkan dahulu pengajian. Sedih kami mendengarkan permasalahan anda. Sebenarnya ada jalan bagi anda yang buntu memikirkan masalah kewangan untuk sambung belajar. Sebelum ini, kami sudah kongsikan mengenai pinjaman PTPTN dan menerusi perkongsian pada kali ini, kami kongsikan kepada anda mengenai pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Matlamat tajaan MARA adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.
Berapakah jumlah kadar pembiayaan yang diberikan?Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
Pinjaman pelajaran MARA adalah dibawah SPiP Pinjaman Terbuka khusus untuk calon-calon bumiputera yang ingin melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian MARA (IPMa) dan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) dalam negara selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966. Selain itu, pemohon wajib memenuhi syarat am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA seperti berikut :
Semua IPTS yang mana kursus pengajian yang diikuti oleh pemohon diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Bilakah Permohonan MARA dibuka?
Jawapan untuk soalan ini sebenarnya rumit untuk dijawab kerana sekarang MARA lebih suka mendiamkan diri. Jika permohonan pinjaman untuk IPMa ianya sudah dibuka tetapi untuk IPTS lain perlu melalui portal rasmi eduloan yang masih belum dibuka.
Adakah MARA untuk menyediakan wang pendahuluan pinjaman sebelum mendaftar masuk ke universiti sama seperti PTPTN? Ya, tetapi wang pendahuluan pinjaman hanya diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di IPMa sahaja.
Apakah Syarat Kelayakan Bagi Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran?
Pemberian Wang Pendahuluan bagi tahun 2017 adalah kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dari keluarga yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja, iaitu pendapatan kasar bulanan ibu dan bapa atau penjaga pelajar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan
Pelajar adalah warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera, berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.
Pelajar telah ditawarkan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Persediaan / Pra-Universiti di bawah program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) atau Diploma atau HND atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di bawah Skim Pinjaman Pelajaran (SPIP).
Pendahuluan pinjaman pelajaran boleh dipertimbangkan kepada seorang pelajar bagi setiap peringkat pengajian sekiranya pelajar tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika peringkat pengajian yang sama, permohonan tidak layak dipertimbangkan.
Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan
Permohonan Skim Pendahuluan Pinjaman MARA ini hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang online06.mara.gov.my/ependahuluan/.
Pelajar yang memohon Skim Pendahuluan Pinjaman MARA boleh mengemukakan permohonan di mana-mana Pejabat MARA Negeri yang berhampiran bagi menerima pembayaran setelah permohonan diluluskan.
Permohonan secara dalam talian hendaklah dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan sahaja bermula dari tarikh Skim Pendahuluan ini dibuka.
Laman permohonan ini tidak akan dapat diakses oleh pemohon yang gagal menepati syarat-syarat kelayakan serta pemohon atau ibu bapa/penjaga dan penjamin yang telah disenarai hitam oleh MARA (blacklisted).
Dokumen asal seperti surat tawaran IPMa, penyata pendapatan ibu bapa dan salinan kad pengenalan/surat beranak hendaklah disahkan serta dihantar ke Pejabat MARA Negeri sebagaimana yang telah dipohon oleh pelajar di dalam talian.
Pejabat Pembayar adalah di Pejabat MARA Negeri seluruh Malaysia
Pemohon akan menerima bayaran di Pejabat MARA Negeri yang telah dipilih semasa permohonan dalam talian dibuat.
Pelajar yang mendapat Pinjaman Pelajaran MARA (Yuran Pengajian & Elaun Sara Hidup), bayaran balik pendahuluan ini akan dibuat melalui potongan Elaun Sara Hidup (ESH) sebanyak RM600.00 dari bayaran ESH yang pertama (ESH dibayar sekaligus untuk enam bulan pertama) serta RM100 sebulan bermula semester kedua dan seterusnya sehingga bayaran balik pendahuluan ini selesai sepenuhnya
Bagi pelajar yang mendapat tajaan daripada badan penaja lain, bayaran balik adalah tertakluk kepada persetujuan rasmi daripada badan penaja tersebut
Bagi Pelajar yang mendapat Pinjaman Pelajaran MARA (Yuran Pengajian sahaja) serta pelajar yang tidak mendapat tajaan MARA atau mana-mana badan penaja lain, bayaran balik akan dibuat melalui ansuran bulanan sebanyak RM100.00 sebulan. Jadual bayaran balik akan dikeluarkan kepada Pelajar selepas satu (1) tahun tamat tajaan/pengajian berdasarkan kepada baki pinjaman pendahuluan. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan serta peraturan yang berkuatkuasa pada ketika itu.
Sekiranya Pelajar mendapat tajaan MARA dan telah ditamatkan tajaan kerana gagal dalam peperiksaan, maka Pelajar adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik Pinjaman tersebut dalam tempoh satu (1) tahun selepas tarikh penamatan tajaan
Tidak boleh. Pinjaman luar negara hanya diberikan kepada pelajar lepasan Ijazah Pertama untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana (masters), profesional dan doktor falsafah sahaja. Pelajar perlu mendapatkan tawaran daripada universiti / institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan / MQA dan universiti terkemuka luar negara terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Pinjaman adalah untuk pengajian secara Kerja Kursus (by Coursework) dan Penyelidikan (by Research). Pelajar yang layak akan ditawarkan pinjaman meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun kertas projek dan elaun tesis.
Adakah MARA menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang?Ya, iaitu di bawah SPiP Program Khas. Program ini khusus untuk pelajar-pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun sebelumnya. Antara program Persediaan yang diitawarkan adalah ADFP, A-Level, International Baccalaureate (IB), Australia Matriculation (AUSMAT) dan lain-lain. Pemilihan pelajar disaring berdasarkan kepada kecemerlangan akademik serta ujian psikometrik dan temuduga. Jika memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan boleh memohon melalui iklan yang akan diumumkan di dalam akhbar-akhbar tempatan dan melalui portal rasmi MARA. Pelajar perlu mengikuti Program Persediaan yang akan dijalankan di dalam negara serta mencapai keputusan akademik cemerlang sebelum dihantar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di luar negara.
Bolehkah Pinjaman MARA ditukar status daripada pinjaman kepada biasiswa?Tidak, tetapi akan mendapat jumlah pengurangan balik berdasarkan CGPA yang diperolehi. Pelajar hanya perlu memohon pengurangan balik pinjaman sahaja dibawah skim e-conversion. Klik di sini untuk ke portal pengurangan balik pinjaman. Baca syarat pengurangan balik MARA dan e-panduan pengurangan balik pinjaman. Tempoh setahun diberikan kepada peminjam untuk membuat permohonan balik pinjaman selepas tamat pengajian. Jika gagal berbuat demikian, peminjam wajib membayar 100% pinjaman yang telah dipinjam.
Bilakah pembayaran balik pinjaman perlu dibuat selepas tamat pengajian? Pembayaran balik pinjaman adalah selepas tempoh SETAHUN peminjam menamatkan pengajian. Klik di sini untuk lihat cara pembayaran balik pinjaman MARA. Bolehkah membuat penangguhan balik pinjaman MARA?Penangguhan bayaran balik hanya diberikan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian ke peringkat lebih tinggi secara sepenuh masa sahaja. Permohonan penangguhan boleh dibuat dengan cara menulis surat dan mengemukakan bersama surat pengesahan belajar dari institusi pengajian yang sedang diikuti yang mempunyai maklumat berikut :
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.