Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 07, 2022, 09:10 am
Pernahkah anda pergi ke farmasi untuk membeli ubat tetapi tertanya sama ada ubat yang dibeli adalah betul atau sebaliknya. Kemudian terdapat "pekerja farmasi" yang membantu anda memilih ubat yang betul. Nahh, itulah ahli farmasi yang bertanggungjawab membantu anda memberi nasihat tentang ubat yang terbaik dan paling sesuai untuk anda.
Jika anda berminat dengan cara ubat berinteraksi dengan badan anda dan ingin meneruskan kerjaya dalam bidang penjagaan kesihatan, bidang farmasi mungkin sesuai untuk anda!. Menerusi artikel ini, kami akan kongsikan panduan belajar kursus farmasi di Malaysia, perkara yang anda boleh pelajari daripada bidang farmasi, serta pilihan kerjaya sebagai graduan farmasi kelak.
Untuk pengetahuan anda, farmasi ialah salah satu cabang dalam bidang sains dalam teknik menyediakan dan menghasilkan ubat. Bidang farmasi menggabungkan kajian biologi dan kimia untuk memastikan ubatan yang diambil dijamin selamat dan berkesan. Jadi, setiap kali anda menggunakan pil untuk melegakan sakit kepala, ketahui bahawa pembuatan dan komposisi ubat pil itu dipantau dengan teliti oleh ahli farmasi yang bertauliah.
Jenis Bidang Amalan Farmasi
Terdapat pelbagai jenis bidang amalan Farmasi yang menjadi pilihan kerjaya kepada graduannya. Berikut adalah beberapa yang utama di Malaysia :
Apakah Kelayakan yang Anda Perlukan?
Berikut ialah keperluan am untuk anda yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang farmasi.
Peringkat pengajian | Keperluan Minimum |
SPM /O-Level | Minimum 5B dalam: Biologi + Kimia + Fizik + Matematik atau Matematik Tambahan + satu mata pelajaran lain |
A-LEVEL | Minimum BBB / ABC / AAC dalam: Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik |
STPM | Minimum BBB / ABC / AAC dalam: Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik PNGK Keseluruhan mestilah sekurang-kurangnya 3.0 (daripada 4.0) |
Matrikulasi Australia (SAM atau AUSMAT) | Anda memerlukan SAMA ADA:(1) Purata 75% dalam: Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik, ATAU(2) ATAR 80.0 , termasuk: Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik |
Matrikulasi/ Asasi Sains | Anda memerlukan KEDUA-DUANYA:(1) PNGK 3.0 (daripada 4.0) dalam: Biologi + Kimia (minimum B) + Fizik atau Matematik, DAN(2) Minimum 5B pada SPM atau O-Level dalam: Biologi + Kimia + Fizik + Matematik atau Matematik Tambahan + satu mata pelajaran lain |
Nota penting : Keperluan kemasukan untuk sesetengah universiti mungkin lebih tinggi atau lebih rendah, jadi pastikan anda menyemak dengan universiti secara individu. Kimia sangat kritikal dalam Farmasi, jadi pastikan ianya adalah subjek kesukaan anda!
Berapa Tempoh Pengajian Bidang Farmasi?
Tamat SPM anda akan melanjutkan pengajian ke peringkat pra-universiti sebelum layak meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah sarjana muda Farmasi. Biasanya, tempoh pengajian pra-universiti adalah semalam 1 ke 2 tahun setengah (bergantung kepada pra universiti). Kemudian tamat pra universiti sambung ke Ijazah Farmasi selama 4 tahun. Berikut adalah halatuju bidang farmasi selepas SPM :
Tamat pengajian, anda bukan lagi seorang ahli farmasi bertauliah. Ini kerana selepas tamat pengajian ijazah perlu melengkapkan satu tahun latihan diikuti dengan satu tahun perkhidmatan wajib di premis latihan kerajaan dan swasta yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia. Anda juga perlu menduduki dan lulus peperiksaan (Peperiksaan Fiqh Farmasi) dalam tempoh latihan. Selepas berjaya selesai semua, anda akan menjadi Ahli Farmasi Berdaftar Penuh (FRP). Secara keseluruhan, tempoh yang diambil untuk menjadi ahli farmasi berdaftar penuh akan mengambil masa sekitar 6 tahun .
Apakah yang Anda Akan Belajar dalam Ijazah Farmasi?
Ijazah farmasi akan merangkumi topik yang berkaitan dengan tubuh manusia dan tindak balasnya terhadap pelbagai ubat. Beberapa mata pelajaran yang akan anda pelajari termasuk:
Suka diingatkan bahawa, dalam bidang farmasi anda akan banyak mempelajari tentang bahan-bahan kimia , jadi anda mestilah seorang yang minat dalam subjek kimia!.
Mengapa Anda Perlu Belajar Farmasi?
Farmasi boleh menjadi pilihan yang bermanfaat jika anda ingin meneruskan kerjaya dalam penjagaan kesihatan. Berikut adalah beberapa sebab mengapa andaperlu sambung belajar dalam bidang farmasi.
Apakah Kemahiran yang Anda Perlukan untuk Belajar Farmasi?
Berikut adalah beberapa kualiti dan kemahiran utama yang anda perlukan untuk berjaya dalam bidang farmasi.
Jangan risau jika anda masih belum menguasai semua kemahiran ini. Bidang farmasi akan membantu anda mengasah dan mengembangkan kemahiran ini! Cuma pastikan anda bersedia dari segi mental untuk menghadapi tuntutan dan cabaran dalam bidang ini.
Pilihan Kerjaya dengan Ijazah Farmasi
Berikut adalah beberapa pilihan kerjaya untuk ahli farmasi berdaftar yang berkelayakan di Malaysia:
Di Mana Anda Boleh Belajar Farmasi di Malaysia?
Perkara yang paling penting semasa belajar farmasi adalah memastikan institusi anda diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia dan Malaysia Qualification Agency (MQA). Jika ianya tidak diiktiraf, anda berisiko tidak dapat menjadi ahli farmasi berdaftar penuh. Selain itu, jika anda bukan aliran sains ketika SPM, anda memang boleh sambung dalam bidang farmasi di peringkat diploma TETAPI anda tidak layak sambung ijazah farmasi dan bergelar ahli farmasi. Untuk menyemak senarai institusi yang menawarkan bidang pengajian farmasi di Malaysia klik semak senarai institusi bidang farmasi. Semoga berjaya kami ucapkan!.
Perlukan
bantuan?