Senarai Pakej Mata Pelajaran Selepas Aliran Sains & Sastera Dibubarkan Mulai 2020

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 25, 2019, 01:14 am

Kita sedia maklum bahawa aliran sains dan sastera akan dibubarkan mulai tahun 2020. Surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 telah pun diedar ke sekolah-sekolah untuk dijadikan panduan dalam pemilihan pakej mata pelajaran kelak. Hasil penelitian kami, tidak ada apa yang berubah hanya aliran sahaja dimansuhkan dan ditukar kepada pakej mata pelajaran. Pakej mata pelajaran pula dilihat sama seperti mana digunakan oleh kebanyakan sekolah sekarang. 

 

Pakej mata pelajaran terbaru ini dikategorikan mengikut 3 kumpulan mata pelajaran iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif

 

Mata Pelajaran Teras & Wajib

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • *Sains
  • *Pendidikan Islam/Moral
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Mata pelajaran WAJIB)

 

Keenam-enam mata pelajaran teras ini perlu diambil oleh pelajar. Tetapi jika sudah mengambil mana-mana 2 subjek dalam gabungan subjek Sains Tulen: Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Biologi, pelajar tidak perlu lagi mengambil subjek *Sains.

 

Untuk subjek agama pula, pelajar yang mengambil mana-mana 2 gabungan subjek seperti Pendidikan Al-Quran Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah, Turath Dirasat Al-Islamiah dan Turath Al-Quran wa Al-Sunnah, Usul Al-Din dan Al-Syariah. Maka, tidak perlu lagi mengambil subjek *Pendidikan Islam. Manakala Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pula WAJIB diambil.

 

Sungguh menghairankan, kami tidak melihat sebarang perubahan. Konsepnya tetap sama seperti pakej mata pelajaran sedia ada. Memang inilah pakej, peraturan dan pengecualiannya. 

 

 

Mata Pelajaran Elektif

Beralih kepada pakej mata pelajaran Elektif, pakej ini diperkenalkan sebagai nilai tambah yang akan membuka laluan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminati selepas tamat SPM dan seterusnya membuka laluan dalam bidang kerjaya kelak. Dibawah kategori mata pelajaran ini, terdapat 3 pakej iaitu pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan pakej Sastera dan Kemanusiaan. Ianya juga sama seperti aliran sekarang, rasanya tidak ada apa yang diperkenalkan, sekadar menukar nama aliran kepada pakej. Aliran sains kepada pakej Sains. 

 

Di peringkat pendidikan tinggi pun, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Jika subjek yang diambil adalah subjek dibawah kategori STEM atau sekarang dikenali sebagai aliran sains : fizik, kimia, biologi, matematik tambahan, pelajar akan masuk ke program pengajian berkaitan bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan matematik kelak. Kalau subjek aliran sastera dan kemanusiaan, laluannya ke program pengajian selain bidang sains yang disebutkan diatas.

 

Jadi memang buang masa sahaja pening kepala, kepada anda yang hendak melihat senarai penuh pakej, boleh muat turun pekeliling yang diedarkan di sekolah-sekolah dengan klik : Pekeliling Pemansuhan Aliran Sains & Sastera (Pakej Matapelajaran). Bandingkan apa perbezaan yang wujud, itu pun kalau ada. Tetapi sebelum pening fikirkan pakej yang sesuai, lebih baik bertanya dahulu kepada pihak guru atau sekolah sama ada ada apa-apa perubahan yang dilakukan. Jika masih seperti biasa, abaikan sahaja. Fikir positif mungkin mereka di peringkat atasan ni kurang kerja. Aliran ditukarnya menjadi pakej, sekian. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail