Pakar jenayah UKM: Wanita mudah terpedaya dengan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 01, 2016, 10:49 am

Pakar Kriminologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin berkata, mangsa yang berasa dirinya bertuah kerana dipilih untuk berkenalan sanggup mengeluarkan duit berjuta ringgit bagi mendapatkan hadiah tertentu yang ditawarkan sebagai tanda persahabatan antara mereka.lovescam, Pakar jenayah UKM: Wanita mudah terpedaya dengan “Walaupun pihak polis dan media sering menghebahkan mengenai kegiatan sindiket seumpama itu di media massa, masih ramai lagi yang mudah mempercayainya,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas pendedahan Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid bahawa wanita Malaysia terus tertipu dengan jerat cinta lelaki Afrika dan angka penipuan itu semakin meningkat dan sukar dibanteras. Sikap cepat teruja dan mudah tergoda dengan lelaki warga asing yang tidak dikenali menerusi laman sosial menyebabkan ramai rak­yat negara ini menjadi mangsa Love Scam, katanya lagi. Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye memberitahu, pihak penguat kuasa seharusnya memikirkan pendekatan baharu bagi mendekati remaja wanita khususnya kerana strategi sedia ada kurang berkesan. Tambah beliau, meskipun kebanyakan mangsa adalah wanita, namun golongan lelaki juga tidak terkecuali menjadi mangsa Love Scam itu. --Utusan

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail