Pakaian yang dibolehkan dalam Tingkatan Enam

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 05, 2016, 10:00 am

Kementerian Pendidikan mengesahkan mulai tahun ini, pelajar-pelajar yang memasuki Tingkatan Enam dibenarkan tidak berpakaian sekolah sebagai usaha  "penjenamaan semula" Tingkatan Enam.p13 Ketua pengarah Jabatan Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, sekolah kini tidak melarang pelajar memakai baju selain baju sekolah. Berikut ialah sahsiah rupa diri untuk pelajar Tingkatan Enam.

  1. Pelajar dibenarkan memakai batik ke sekolah.
  2. Pelajar lelaki dibenarkan memakai baju terang ke sekolah asalkan bukan bercorak bunga atau lain-lain.
  3. Pelajar lelaki dibenarkan memakai baju warna apa sahaja asalkan tidak bercorak, berbelang atau berpetak dibenarkan.
  4. Pelajar juga dibenarkan berpakaian sekolah.
  5. Seluar panjang tidak melebihi buku lali serta tidak ketat. Pelajar juga dibenarkan memakai tali pinggang dengan lebar tidak melebihi 5 cm.
  6. Pelajar dilarang memakai denim.
  7. Pelajar perempuan dibenarkan memakai baju kurung, seluar panjang, maxim, blouse atau baju yang bersopan yang mesti menutupi lutut.
  8. Jeans, seluar cargo, seluar pendek dan seluar ketat tidak dibenarkan.
  9. Pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja-t ketat ke sekolah.
  10. Pelajar dikehendaki memakai stokin dan kasut ke sekolah. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
  11. Untuk aktiviti luar, pelajar dikehendaki memakai seluar trek panjang serta baju sukan lengan pendek atau panjang.
  12. Baju untuk aktiviti luar yang tertulis perkara politik, keganasan, keganasan atau sebarang imej tidak dibenarkan.

Untuk keterangan lanjut, sila baca surat pekeliling di sini.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail