MP dakwa JPA tukar biasiswa jadi pinjaman

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 25, 2016, 05:11 pm

MP dakwa JPA tukar biasiswa jadi pinjaman, menurut laporan berita hari ini.MP dakwa JPA tukar biasiswa jadi pinjaman Seorang ahli politik hari ini mendakwa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menukarkan biasiswa kepada pinjaman. Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, beliau bimbang tentang perubahan itu yang bakal menyukarkan kehidupan pelajar di universiti. Beliau turut mendakwa ia tercatat dalam laman web JPA walaupun tidak ada kenyataan rasmi dari JPA mengenai isu tersebut. "Ini adalah polisi yang tidak adil, saya rasa ini tidak patut," kata Loke dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Menurut Loke lagi, di dalam laman web tersebut ada mengatakan jika graduan JPA memilih untuk bekerja di sektor syarikat berkanun (GLC), graduan tersebut terpaksa membayar 50 peratus dari jumlah wang yang dipinjam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada Januari lalu dan berkata JPA hanya menaja universiti tempatan sebagai langkah penjimatan kepada ketidaktentuan ekonomi pada masa sekarang. Sumber berita: Malaysiakini

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail