Mohon program pertukaran belia ke Korea sekarang!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 27, 2016, 01:51 pm

Annyeonghaseyo! Program pertukaran belia ke Korea akan bermula sekarang!

Running-Man, program pertukaran belia ke Korea

  Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut:

  • Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2016;
  • Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pelaksana (Gred 1 – 40);
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2013, 2014 & 2015). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
  • Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
  • Telah mengisytiharkan harta.

Pegawai yang terpilih untuk mengikuti program ini layak dibayar elaun-elaun dan kemudahan mengikut ketetapan kemudahan dan kelayakan Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003. Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama

  • Borang JPA(L)LDP 1B/96
  • Perakuan Ketua Jabatan – (Lampiran C);
  • Salinan Senarai Tugas; dan
  • Salinan Kad Pengenalan Calon

Borang JPA(L)LDP 1A/96 – (Lampiran B) akan disediakan oleh BPSM, KPM. hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 06 Mei 2016 (Jumaat)jam 5:00 petang kepada: Unit Latihan Dalam Perkhidmatan Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai BPSM berikut untuk pertanyaan lanjut: Encik Danial Abdillah bin Suhaimi Tel                  :           03-8884 7943 E-mel             :           [email protected] Faksimile      :           03-8884 7925 Puan Paridah binti Ali Tel                  :           03-8884 7947 E-mel             :           [email protected] Faksimile      :           03-8884 7925

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail