Afterschool
February 1, 2018
PETRONAS adalah nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pernah ke tidak anda terfikir untuk memulakan kerjaya di syarikat besar bertaraf global berkenaan atau setidak pun mengutip pengalaman berharga bersama mereka. Bagaimana caranya sekiranya adalah tidak mempunyai pengalaman dan ingin mencuba nasib bekerja di sana sekaligus membuktikan kemampuan anda.
Berita baik kerana kami ada cara untuk membantu anda. Tahukah anda syarikat-syarikat besar ini sememangnya mencari bakat-bakat baru untuk dicungkil dan diasah seterusnya menjadi aset berharga kepada syarikat dalam meneruskan kesinambungan mereka sebagai peneraju industri masing-masing. Begitu juga PETRONAS, mereka membuka peluang berkenaan menerusi platform internship (latihan industri) kepada mahasiswa tahun akhir yang wajib menjalani latihan industri sebelum layak dianugerahkan segulung ijazah.
Pelajar bukan sahaja dapat menimba pengalaman secara praktikal dalam industri minyak & gas malahan berpeluang terlibat dalam pelbagai bidang operasi syarikat di peringkat global. Berikut adalah peluang yang ditawarkan oleh PETRONAS kepada mahasiswa :
Cuba anda lihat peluang yang terakhir, "mengenal pasti bakat untuk PETRONAS talents strategy employment". Peluang ini bermaksud, sekiranya anda menunjukkan prestasi yang luar biasa sepanjang tempoh latihan industri berkenaan. Peluang yang sangat tinggi untuk terus ditawarkan bekerja disana sebaik sahaja tamat latihan. Alangkah bertuahnya anda sekiranya berjaya ditawarkan pekerjaan disitu. Gaji tidak perlu dipersoalkan lagi, tentu sekali sangat memuaskan. Jadi kenapa anda tidak mahu merebut peluang ini?. Tidak perlu buang masa jalani latihan di sektor awam. Kenapa?. KLIK DISINI untuk baca alasan yang KUKUH kenapa praktikal di swasta lebih baik berbanding di sektor awam.
Berbalik kepada Petronas Internship Programme. Berikut adalah syarat kelayakan permohonan yang diletakkan :
Terma & Syarat Permohonan
Kepada anda yang memenuhi syarat dan ingin memohon, sila klik pautan berikut : Permohonan Latihan Industri PETRONAS
KLIK DISINIuntuk tonton video permohonan Latihan Industri bersama PETRONAS
Selain latihan industri, PETRONAS juga turut menawarkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Walau bagaimanapun, skim dibawah kerajaan ini hanyalah untuk anda menimba pengalaman kerja sahaja. Peluang yang agak tipis untuk ditempatkan bekerja di situ. Ini kerana, graduan yang menjalani latihan berkenaan hanyalah untuk memantapkan work skills sahaja bagi meningkatkan potensi mereka mendapat peluang pekerjaan di luar sana. Sekiranya anda hendak memohon, tidak salah mencuba.KLIK DISINI untuk info lanjut permohonan.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.