Artikel ini menerangkan bagaimana pelajar mahu memilih aliran agar pelajar dapat memilih berdasarkan personaliti masing-masing.
1. Personaliti
Pelajar kejuruteraan: Mereka ialah golongan yang berdasarkan akademik, dan menghafal teori dalam fikiran mereka. Pelajar teknologi kejuruteraan: Mereka yang suka 'bekerja dengan tangan', dan suka mengubahsuai kereta ibu bapa mereka pada hujung minggu.
2. Persediaan sekolah menengah
Kedua-dua subjek ini memfokuskan pada Sains dan Matematik. Kamu juga memerlukan gred yang cemerlang dalam bidang lain di samping aktif dalam ko-kurikulum. Pelajar kejuruteraan:
- Math: Algebra, Geometri, Trigonometri, dan Pra-Calculus
- Sains: Fizik DAN Kimia
Pelajar teknologi kejuruteraan:
- Math: Algebra, Geometri, Trigonometri, dan digalakkan Pra-Calculus
- Sains: Kimia ATAU Fizik
3. Fokus kurikulum di universiti

Pelajar kejuruteraan:
- Fokus dalam teori dan konsep rekacipta.
- Biasanya memerlukan matematik tahap tinggi, serta beberapa semester dalam pelajaran kalkulus, dan pelajaran melibatkan teori sains yang juga melibatkan kalkulus. (fokus: KALKULUS)
Pelajar teknologi kejuruteraan:
- Fokus dalam aplikasi dan implementasi.
- Fokus kepada algebra, trigonometri, kalkulus gunaan, dan pelajaran yang banyak menggunakan praktikal (fokus: ALGEBRA)
4. Kerjaya
Selepas graduasi dari universiti, kemungkinan kedua-dua jenis pelajar ini akan bekerja bersama-sama di satu tempat kerja yang sama. Pelajar kejuruteraan:
- Akan digelar jurutera.
- Selalu akan kerja yang melibatkan bahagian konsep serta kajian dan pembangunan.
- Ramai yang berterusan sebagai jurutera.
- Ramai lagi mengambil MBA dan membuka firma mereka sendiri.
Pelajar teknologi kejuruteraan:
- Pelajar yang melepasi program selama empat tahun akan digelar pakar teknologi, manakala yang dua tahun akan digelar juruteknik.
- Biasanya akan bekerja dalam sektor pembinaan, sektor pembuatan, iklan produk, ujian, servis teknikal dan jualan.
- Boleh meneruskan pengajian ke bidang kejuruteraan, pengurusan fasiliti dan pengurusan perniagaan.
- Sepanjang masa mengkaji tentang kemampuan rekabentuk.
Baca tentang kejuruteraan di sini!