MARA rancang kurangkan penghantaran pelajar ke luar negara

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 18, 2016, 02:13 pm

MARA rancang kurangkan penghantaran pelajar ke luar negara. MARA sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan bilangan pelajar yang akan dihantar ke luar negara dan membiayai pengajian mereka dalam negara dan sebaliknya. Ismail Sabri, MARA rancang kurangkan penghantaran pelajar ke luar negara Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,idea mengurangkan jumlah penajaan ke luar negara membantu menggalakkan pelajar antarabangsa untuk mendaftar di universiti dan kolej di Malaysia. "Penglibatan diri dalam program berkembar dengan universiti luar negara terbaik adalah penyelesaian yang baik untuk mengurangkan perbelanjaan MARA," katanya. Semasa perhimpunan bulanan kementeriannya, Ismail Sabri memberi jaminan bahawa pelajar yang sedang ditaja oleh MARA akan terus menerima penajaan. MARA membelanjakan RM 2 billion setahun dalam bentuk tajaan, geran, dan pinjaman pelajaran, di mana RM 1.2 billion diperuntukkan untuk pengajian di universiti tempatan, kolej dan institusi, manakala baki RM 800 juta diperuntukkan bagi pengajian luar negara.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail