MARA kaji semula taja pelajar ke luar negara

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 29, 2016, 12:26 pm

MARA kaji semula taja pelajar ke luar negara. Kementerian Kemajuan Lu­ar Bandar dan Wilayah akan mengkaji semula dasar penghantaran pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke luar negara sebagai usaha merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan dunia.Mara kaji semula taja pelajar ke luar negara, Logo MARA Menurut menterinya, dasar penghantaran pelajar Malaysia ke luar negara dilihat tidak selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar asing belajar di negara ini. Katanya lagi, usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan yang telah menarik minat ramai pelajar luar negara seperti dari China perlu diberi sokongan semua pihak. Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu dan menyediakan kertas Kabinet untuk mendapatkan persetujuan dalam masa terdekat bagi mengkaji semula penghantaran pelajar ke luar negara. Tambahnya, tindakan kerajaan mengkaji semula penghantaran pelajar MARA ke luar negara bukanlah disebabkan oleh kegawatan ekonomi sebaliknya bagi memastikan ia selari dengan dasar kerajaan.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail