Afterschool Team
December 7, 2016
Tawaran berkenaan diberikan kepada pelajar yang gagal menamatkan pengajian tanpa mengira sebab kegagalan menamatkan pengajian termasuk mereka yang sudah pun dikenakan tindakan undang-undang di mahkamah.
Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Tan Sri Annuar Musa, “Jika sebelum ini pelajar yang gagal dalam pengajian terpaksa membayar 100 peratus daripada pinjaman tersebut, kini MARA telah memutuskan untuk meringankan beban mereka dengan menawarkan diskaun 50 peratus ke atas baki pinjaman mereka, manakala bagi peminjam pada tahun 2010 dan mereka yang telah menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tetapi tidak mendapat pengurangan bayaran balik dan pengurangan kemudahan turut ditawarkan pengurangan sebanyak 20%.
Bagi anda yang hendak membuat permohonan pengurangan tersebut boleh klik di sini untuk terus ke portal pengurangan balik MARA. Untuk mendapat informasi terkini dunia pendidikan klik di sini.