logo
logo

    Courses

    Institutions

MARA Beri Biasiswa Penuh Kepada Pelajar Cemerlang Dari Keluarga Berpendapatan RM6000 ke bawah untuk Melanjutkan Pengajian ke IPT!

Afterschool Team

Afterschool Team

December 30, 2016





Pelajar cemerlang yang datang daripada keluarga yang berpendapatan RM 6000.00 dan ke bawah dijamin akan mendapat bantuan biasiswa penuh di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi yang dikendalikan oleh MARA.

 

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, institusi yang terlibat adalah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-tech MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan akan datang MARA akan menubuhkan universitinya sendiri iaitu Universiti MARA.

 

uniklmitec

 

waazu-kolej-poly-tech-mara-5

 

kktm-ledang

 

"Kami akan menyediakan pembiayaan penuh dalam bentuk biasiswa kepada pelajar cemerlang yang datang daripada keluarga berpendapatan bulanan RM 4000 ke bawah dan mereka yang bawah M40, pendapatan RM 6,000 sebulan," katanya ketika ditemu bual oleh BERNAMA.

 

8d6d

 

Pemberian biasiswa tersebut diberikan selepas MARA menerima sumbangan peruntukkan sebanyak RM 2 bilion ketika pembentangan bajet 2017 dibentang oleh Perdana Menteri di Parlimen. Peruntukkan tersebut bagi memastikan program biasiswa terus dilaksanakan terutamanya Skim Pelajar Cemerlang (SPC).

 

"Dengan peruntukkan RM 2 bilion yang diberikan oleh kerajaan, MARA akan terus memberi bantuan biasiswa  dilaksanakan, " Katanya Annuar.

 

Annuar turut memaklumkan bahawa pihak mereka akan terus memberi bantuan pembiayaan kewangan kepada pelajar yang layak. Walau bagaimanapun, pelajar yang terpilih akan melanjutkan pengajian di dalam negara dengan kadar yuran yang minima. Bagi anda yang ingin membuat permohonan, sila klik di sini untuk ke portal permohonan apabila ianya dibuka kelak.