MARA bantu biaya kerja pelajar dan graduan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 03, 2016, 06:13 pm

MARA bantu biaya kerja pelajar dan graduan.Logo-Majlis-Amanah-Rakyat-MARA Satu program bantuan usahawan dianjur oleh MARA yang dinamakan sebagai Program PUTRA memberi peluang dan bantuan setiap pelajar dan bekas pelajar Institut Pendidikan MARA ( IPMa ) untuk melibatkan diri dalam semua bidang perniagaan (termasuk perniagaan online), kecuali pertanian dan penternakan. Pembiayaan memulakan perniagaan juga disediakan iaitu had maksimum pembiayaan adalah berjumlah RM10,000.00 dan ia tertakluk kepada keperluan sebenar perniagaan masing-masing.

Kelayakan memohon bantuan usahawan Program PUTRA

 

  • Pelajar / lepasan IPMa yang telah menamatkan pengajian di IPMa (<12 bulan).
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang sesuai untuk menjalankan perniagaan berkenaan.
  • Perniagaan telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika berkaitan.

Institusi di bawah MARA

  • GIATMARA
  • IKM/KKTM
  • KPTM ( Kolej Polytech Mara )
  • KPM ( Kolej Profesional Mara )
  • UniKL

Bagaimana ingin memohon Program Putra?

Bagi pelajar semasa IPMa (GIATMARA, IKM/KKTM, KPTM, KPM, UniKL), permohonan boleh dihantar kepada pihak institusi pengajian masing-masing. Bagi lepasan IPMa, permohonan boleh dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) di mana perniagaan itu dijalankan.

Adakah pembiayaan perlu dibayar balik?

Pembiayaan perlu dibayar balik, tetapi tidak dikenakan kadar keuntungan. Pembiayaan adalah di bawah konsep Qardhul Hasan. Di bawah kaedah ini, pelanggan tidak dikenakan sebarang kadar keuntungan untuk pembiayaan yang diberikan. Tempoh bayaran balik pembiayaan ialah maksima 3 tahun dan tempoh bernafas ialah 3 bulan setelah penerimaan pembiayaan. Cagaran tidak diperlukan tetapi pemohon perlu mengemukakan seorang penyokong (referee) di kalangan keluarga terdekat sahaja. Kursus dan tunjuk ajar juga diberikan bagi memberi bantuan untuk usahawan baru. Peruntukan juga diagih kepada setiap negeri masing-masing. AS-Biasiswa-600x200- (1)

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail