Ramai pelajar hanya bandingkan tahap kesusahan akademik di antara Diploma dan Pra - U (Asasi/Matrikulasi). Tapi pernahkah kamu terfikir kursus mana yang lebih jimat?
Pra-U
Fakta 1
Hafizah, pelajar
Matrikulasi KPM menerima elaun bulanan sebanyak RM250.00 sebulan untuk 5 bulan (1 semester). Ada dua semester dalam pengajian jadi jumlah keseluruhan elaun Hafizah ialah RM2,500.
Fakta 2
Hafizah hanya akan mohon
PTPTN apabila sambung pengajian Ijazah Sarjana Muda. Jumlah maksima yang boleh dipinjam ialah RM6,650 setahun (program Sains) atau RM 6,180 setahun (program bukan Sains). Hafizah perlukan 4 tahun untuk dapatkan Ijazah Sarjana Muda jadi jumlah keseluruhan pinjaman adalah RM 26,600 (program Sains) dan RM 24,720 (bukan Sains).
Diploma
Fakta 1
Nazrul adalah pelajar Diploma di IPTA tempatan dan tidak menerima sebarang elaun. Pilihan yang dia ada hanyalah pinjaman PTPTN sebanyak RM 4,750 setahun (maksimum). Nazrul perlukan 3 tahun untuk dapatkan Diploma jadi jumlah keseluruhan pinjaman adalah RM 14,250.
Lainlah kalau Nazrul belajar di ILKA seperti Kolej Kemahiran Tinggi MARA, dia tak perlu pinjam PTPTN sebab elaun disediakan.
Fakta 2
Nazrul mendapat keputusan cemerlang untuk Diploma dan ingin melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda selama 3 tahun (Nazrul mendapat pengecualian 1 tahun untuk perpindahan kredit). Nazrul perlu meminjam PTPTN sebanyak RM 6, 650 untuk tiga tahun. Jumlah keseluruhan adalah RM 19,950 (program Sains). Program bukan Sains adalah sebanyak RM 18, 540.
Pengiraan
Pra U
- Elaun diterima - RM 2,500
- Pinjaman PTPTN untuk Ijazah Sarjana Muda - RM 26,600 (program Sains), RM 24,720 (bukan Sains)
- Jumlah keseluruhan pinjaman - RM 26,600 @ RM 24,720
Diploma
- Pinjaman PTPTN peringkat Diploma - RM 14,250
- Pinjaman PTPTN peringkat Ijazah Sarjana Muda - RM 19,950 (program Sains) @ RM 18,540 (bukan Sains)
- Jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN - RM 34, 200 (program Sains) @ RM 32, 790 (bukan Sains).
Perbandingan
Pengajian peringkat Diploma + Ijazah Sarjana Muda adalah RM 7,600 (sains) @ RM 8,070 (bukan Sains) lebih banyak berbanding pengajian Pra U + Ijazah Sarjana Muda.
Dan keputusannya....
Mengikut pengiraan, sudah tentu Pra U lebih menjimatkan berbanding program Diploma. Oleh itu, adik-adik kenalah berusaha lebih sikit di peringkat SPM untuk mendapatkan keputusan cemerlang. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian!
Namun, pelajar Diploma jangan pula berasa terlampau kecewa hanya kerana kamu perlu belanja lebih untuk menimba ilmu. Berusahalah untuk mendapat CGPA tinggi bagi Ijazah Sarjana Muda agar kamu senang mendapat kerja yang bagus nanti! Bila dah kerja, bolehlah bantu ibu bapa dan jangan lupa pula untuk
langsaikan hutang PTPTN kamu! Lagipun, nasib setiap orang berbeza, bukan? Selamat maju jaya!